Sunday, July 23, 2017

One More Light

Assalamualaikum


Hai...lama tak menulis dan bercerita kat sini...berhabuk dah ke ruangan blog ni? 

Sekarang, masa tak diluangkan untuk menulis sini pun. Mengapa? Kerana tiada kemahuan untuk menulis. Mengapa? Kerana tiada rasa nak menulis. Hahaha. Jawapan nak taknak je.

Baru ni, vokalis Linkin Park mati. Chester Bennington. Legend tu, tapi mati bunuh diri. Dia menggantungkan diri dia sendiri di rumah dia sendiri. Ingat ke, lepas Linkin Park keluar album baru ni, mane la tahu kan kan kan, dorang nak buat tour ke Malaysia lagi. Tapi apakan daya, takde dah si Chester ni. Dengar balik lagu dorang yang lama2, best je vibes nye.

Macam lagu-lagu dari album baru pun okay jugak la, contoh macam lagu bawah ni...


One More Light


Should've stayed, were there signs, I ignored?
Can I help you, not to hurt, anymore?
We saw brilliance, when the world, was asleep
There are things that we can have, but can't keep

If they say
Who cares if one more light goes out
In the sky of a million stars
It flickers, flickers
Who cares when someone's time runs out
If a moment is all we are
Or quicker, quicker
Who cares if one more light goes out
Well I do

The reminders, pull the floor from your feet
In the kitchen, one more chair than you need, oh
And you're angry, and you should be, it's not fair
Just 'cause you can't see it, doesn't mean it isn't there

If they say
Who cares if one more light goes out
In the sky of a million stars
It flickers, flickers
Who cares when someone's time runs out
If a moment is all we are
Or quicker, quicker
Who cares if one more light goes out
Well I do

Who cares if one more light goes out
In the sky of a million stars
It flickers, flickers
Who cares when someone's time runs out
If a moment is all we are
Or quicker, quicker
Who cares if one more light goes out
Well I do
Well I do


Pi cari sendiri rentak lagu ni..tak rasa nak letak media lagu ni..hahaha




Yela2...amik...layan ni...masa dorang perform Jimmy Kemmel Live..





Sekian

Sunday, November 20, 2016

Hidup - Roda

Assalamualaikum

Hidup ibarat roda, ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Jikalau laju putaran rodanya, cepatlah saat kita yang di bawah untuk naik ke atas dan cepat jugalah saat kita di atas untuk jatuh ke bawah. Itu hidup yang kita alami, tapi apa pula pandangan orang yang melihat roda itu berpusing? 

Pandangan pertama, semasa kita di bawah, tiada langsung pandangan yang di beri. Kita tidak punya apa, apa mungkin kita mendatangkan kebaikan kepada yang memandang. Saat kita sudah di atas, selain pandangan yang tinggi, rapat serapat-rapatnyalah yang memandang itu untuk mahu bersama dengan kita. Segala perkara mahu dilakukan dengan kita. Apa mungkin kita di tinggalkan keseorangan, padahal kita di puncak roda pada ketika itu. 

Pandangan kedua, pasti yang sebaliknya. Bila mana kita di bawah putaran roda, pandangan yang tertumpu kepada kita begitu simpati dan mahu mendamping dengan kita agar dapat memutarkan diri ke bahagian atas roda. Kita tidak dibiarkan berhenti di bawah. Dan apabila sudah sampai ke atas bahagian roda, mereka yang memandang ini tidak mengharap apa-apa pembalasan daripada kita. Tiada sebab untuk di minta ganjaran mahupun habuan, hanyalah mendamping sebagaimana kita di bawah roda. 

Teringat bibit-bibit lagu kumpulan Hijjaz,

"Hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari. Apabila ia sudah kering, ia kan pasti padam sendiri."

Maka dengan itu, hargailah hidup, hargailah pemandangan hidup, hargailah orang yang memandang hidup kita dengan sewajarnya. Usah mengambil kesempatan atas hidup orang lain, usah membuang perhubungan atas kehinaan orang lain. Kerana jika kita suka menilai roda kehidupan orang lain, pasti ada orang lain yang suka menilai roda kehidupan kita. 

Sekian.

Sekitar pergunungan Sibayak

Wednesday, July 6, 2016

Tanggungjawab seorang mukmin selepas Ramadhan

Dikatakan kpd Bishr Al-Hafi, "Apakah pendapat Tuan ttg mereka yg bersungguh-sungguh melakukan ibadah tetapi hanya di bulan Ramadhan sahaja?" Dia menjawab, "Seburuk-buruk manusia adalah yg hanya mengenali hak Allah di bulan Ramadhan sahaja, sesungguhnya orang yg soleh itu bersungguh-sungguh melakukan ibadah kpd Allah sepanjang tahun."

Kurta, hanyalah nama pada sejenis bentuk pakaian. Walau apa pun nama sesuatu pakaian, asalkan ia sempurna tutupan aurat, pakailah ia. 

Friday, June 17, 2016

Pedoman Kebaikan

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Terimalah nukilan buat pedoman, untuk sahabat handai yang mencari haluan, jangan lupa kita hanya insan, yang asyik dahagakan perhatian, walau tak sedar, itulah hakikat dan bukan omongan.

Buat baik tak minta balasan, cukuplah hargai, atas usaha-usaha selama ini, niat hati bahagia, janganlah sulamkan duka.

Ada akal, fikir. Ada jiwa, rasa. Ada hati, selami.

Buatlah baik sebanyak mana, silap yang satu juga diingati, lumrah hidup di alam ini, tak ingat segala kebaikan, hanya melekat keburukan, walau bertahun bertahan, satu detik hancur berderai.

Sekian. Wassalam.



Villa Hantu, Lombok

Sunday, June 5, 2016

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Marhaban Ya Ramadhan.

Salah silap mohon diampun.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan berada dalam bulan yang mulia ini.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama menjalani tarbiah Ramadhan.

Sekian.

Ramadhan bulan yang dinanti




Friday, May 27, 2016

Janji membawa kemunafikan

Assalamualaikum w.b.t

Lembu di ikat pada tali, manusia di ikat pada janji.

Pepatah ke bidalan ke atau apa pun yang merujuk kepada ayat tersebut, amatlah susah untuk dijumpa pada hari ini. Janji, senang diungkap, amatlah berat dilaksana. Janji, senang dimeterai, amatlah berat didokong.

Kalau nak janji, biarlah jangan berkeadaan mabuk. Tak tak, aku tak minum, ape yang mabuknye?

Ye memang kau orang tak minum yang memabukkan itu, tetapi cakap kau tu yang penuh dengan isu kemabukan. Kau janji itu, kau janji ini, at the end, kau lupe ape kau janji, kau lupe ape yang harus ditepati. Segalanya punah menjadi capati. Cicah sardin, masuk dalam perut sendiri.

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya."
(Surah Al-Isra', ayat 34)


"Tanda-tanda munafik itu 3, apabila berbicara dia berdusta, apabila dia berjanji, dia mungkiri, apabila dia dipercayai dia khianati." 
(Hadith riwayat Muslim) 


Sekian, mohon jangan jadi munafik.


Friday, March 4, 2016

Duduk Goyang Kaki

Assalamualaikum w.b.t

Oleh kerana aku bosan duduk goyang kaki, aku coretkan apa yang dah jadi takat goyang kaki malam ni (sewaktu penulisan ini berlaku).

Satu, aku dapat tengok Tunku Tun Aminah (Princess of Johor) dari dekat. Baginda nampak lembut dan manis dengan fesyen yang ditampilkan.

Dua, aku dapat tengok Jeslina Hashim (singer) juga dari dekat. Beliau nampak lembut dan seksi dengan fesyen yang ditampilkan.

Hahahaha!!!!!!!

Siapa kata duduk saja goyang kaki tak dapat apa2. At least, aku dapat tengok orang yang tak pernah aku tengok. Tapi tiada sebarang gambar sebagai bukti. Cukuplah sebagai kepuasan diri. Menggoyang kaki dan menikmati scenery. Yang pasti, seorang diri. Tiada sesiapa di sisi.

Dua darjat yang berbeza, aku tak nilai dengan perkenalan dalaman, hanya pandangan luaran, pabila menggoyang kaki. People said, don't judge a book by it's cover. Maka lupakan apa yang aku taipkan di atas itu.

Sekian daripada si penggoyang kaki di malam empat mac dua puluh enam belas. Time to not goyang kaki pulak.