Sunday, April 28, 2013

Undi Untuk Islam - Jom kita Mengundi


Assalamualaikum w.b.t


Tanggal 5 Mei 2013 dah memang sedia maklum bagi rakyat Malaysia untuk mengundi bagi memilih pemimpin yang mereka mahukan...pilihanraya ke-13 kali ini menampakkan kesungguhan setiap parti politik untuk meraih undi dan dikatakan pilihanraya yang paling menarik untuk ditunggu keputusannya.

Bagi aku, tak kesah la kau nak sokong BN ke, Pas ke, PKR ke, DAP ke, Bebas ke, lain2 ke....semua orang ada sebab yang tersendiri untuk memilih dan mengundi..tapi apa yang terlintas difikiran aku ialah setiap apa yang kita buat kat dunia ini takkan terlepas ditanya dan dinilai di alam yang seterusnya...alam barzakh dan alam akhirat kelak.

Justeru itu, apa yang harus kita pilih??

Persoalan yang ada macam2 jawapan..kepentingan utama adalah untuk memperjuangkan Islam. itu yang sepatut nya..memang la kita nie dalam golongan yang tak pergi berperang, join ceramah2 agama pun boleh bilang dgn jari, takda sgt la nak aktif benda2 usrah ke, ahli masjid n surau?? harammm (berkata kpd diri sendiri)..so tukar kita tu kepada aku...(tempat aku ada calon parti KITA)

Tapi apa yang kita boleh buat, walaupun kecil adalah memilih pemimpin yang benar2 boleh memimpin kita ke arah kedaulatan Islam itu sendiri...ada yang akan mengundi ikut calon, ada yang akan undi ikut parti...no matter what your choice, please think about what is your contribution for Islam when you want to vote. 


♪...Jom kita mengundi..jom kita mengundi...


I dont blame people (Muslim) that dont know the truth about what are really happen in Malaysia nowadays because of kita pun memang dah dididik dgn hiburan yang melampau sehinggakan tak amik tahu pasal hal lain..sebab tu la wujudnya perkataan macam politik jgn dicampur adukkan dengan agama la...something like that la...tapi Nabi Muhammad S.A.W dulu pun berpolitik...ehh kemonn laa...Islam tu merangkumi semua okayy.

So kalau nak buat semua benda, pikir la tentang Islam..walaupun kecil, pikir la tentang Islam..ingat tak cerita Nabi Ibrahim kena bakar dalam api...pastu ada burung2 kecik gi cedok air gune paruh dorang yang kecik tu dan cuba padamkan api yang besar..bila ditanya kat burung tu,die jawab at least ada gak usaha die nak tolong Nabi Ibrahim padamkan api..

Macam kita la..apa sgt la 1 undi dari kita untuk Parlimen & DUN tu..tapi bila kita undi sambil pikirkan Islam, at least ada la usaha kita demi agama bila dipersoalkan kelak.

Maka dengan itu,yang boleh mengundi tu, MENGUNDILAH...itu tanggungjawab korang dan pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak..pikul tanggungjawab tu dengan sebaik mungkin..pangkahlah dengan fikiran yang waras..dan pasti ramai orang akan post gambar jari telunjuk kiri dorang bila dah lepas pilihanraya nanti (if you know what i mean)

"Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu."
(Prof. Dr. Muhaya Mohomad) 


Sekian


aku mengundi di Parlimen Sepang dan Dun Sungai Pelik

Your Vote Is Your Voice