Thursday, October 31, 2013

Monday, October 28, 2013

Gula

Assalamualaikum w.b.t

Hari Jumaat, 25 Oktober 2013 merupakan hari pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Dan pastinya, hasil daripada pembentangan Bajet 2014 yang mendapat perhatian umum adalah sudah pasti berkenaan dengan hal GST (Goods and Services Tax) yang akan dijalankan mulai April 2015 dan juga hal Pemansuhan Subsidi Gula serta merta berkuatkuasa keesokan harinya, 26 Oktober 2013. Kuatkuasa bagai, dah macam law pulak.

So kat sini, aku takda la berminat nak tulis pasal GST sebab ikutkan pendapat aku, agak kurang setuju hal GST. Lagi2 bila percentage nya 6%. Okay tu belakang cerita. Yang menarik sekarang adalah hal gula. Hehe.. Akibat masalah Diabetes or Kencing Manis yang menjadi antara penyakit yang paling top la dihidapi oleh Malaysian, (actually bukan Malaysia je, tapi dunia) kerajaan mengambil langkah serta merta memansuhkan subsidi gula. Maka dengan itu, harga gula pun naik la dipasaran.


Melihatkan pengalaman dan juga fakta yang dalam pada aku tidur pun aku tau, orang Malaysia ni memang terbukti la dengan pengambilan gula yang melampau. Hahaha.. Ini betul ni. Tak tipu punya la. Sampaikan orang2 putih, mat saleh-mat saleh and foreigner2 yg datang Malaysia pun buat list di mana one of fun facts about Malaysia is most of the coffees and teas are sweetened by TONS of sugar. Really?? Is that true?? Yes it is!! Hoho..

Mana tidaknya, amik contoh kalau kat hotel ke kan. Selalu bila menginap ada pakej breakfast. Cuba tengok orang2 kita bila letak gula dalam kopi or teh. Berapa paket gula yang diletaknya? Mana cukup satu kawann. Selalunya la, harus tiga ke empat paket. Lagi best bila lima or enam. Wow!! Tapi bila tengok orang luar, diorang just letak satu or dua je. Yeah!! Beza memang berbeza.


Lepas tu kalau tengok kepada makanan kita, terutama kuih muih masyarakat Malaysia, gula memang takleh pisah dan kuantiti penggunaannya haruslah banyak. Yes, banyak!! Hurmm... Nak buat macam mana, dah memang turun temurun macam tu.. Kan kan kan??? Salah siapa?? Okay.. Jangan salahkan sesiapa. Dah tu ni nak kata yang aku setuju la bila pihak kerajaan memansuhkan subsidi gula? 

Actually, bila tolak aspek politik, macai dan kroni, aku takda la nak kata setuju, tapi mungkin sebaiknya kena buat macam ni bagi ada la secipot walau sehalus kuman kesedaran yang timbul agar ia boleh menjadi kesedaran yang sebesar gajah. Bak kata member aku si Amierul Izwan yang bakal menjadi Doktor tak berapa lama lagi,
"Kalau betul niat dia (Najib) untuk control Diabetes, kita tengok jela hasilnya dalam 4-5 tahun ni camne. Sekarang ni, bila aku kat klinik kesihatan tengok patient, ramai sangat orang Diabetes and Darah Tinggi" 
Bila sentuh aspek politik, (alamak tersentuh jugak) memang la ramai yang mempertikaikan sebab......... Ada la diorang punya hujah tu... Dah dah.. Hehe. Tapi kan, kalau betul la kerajaan memansuhkan subsidi gula kerana Diabetes, I guess goverment should put photo tentang kencing manis kat packaging gula macam kat kotak rokok tu. Amaran Oleh Kerajaan Malaysia; Gula Membahayakan Kesihatan.

Okay cukup la takat ni. Sebagai pengakhiran, kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Itulah yang sebaik-baiknya dilakukan semua.

Sekian


Tuesday, October 22, 2013

Masa Berlalu, Perubahan Berlaku

Assalamualaikum

Bila tengok balik entry2 yang pernah tulis, perubahan penulisan menjadi lebih kepada meluahkan perasaan daripada menyampaikan ilmu...awal2 dulu kemaen lagi tulis benda2 yang berat..bab2 agama kemaen lagi..mungkin time tu seronok menulis..time tu ilmu agama dalam pale otak lagi..tapi sekarang, haishhh.....bila bukak je blog, nak menaip pun malas..sebenarnye bukan nak menaip yang malas,tapi nak bincang isu berat yang malas..so amik pendekatan tulis benda2 ringan....inilah yang dikatakan 'esok luse kita tak tau macam mane'..eh yeke? hahaha

Pe ek benda berat yang nak ditulis..nak ulas hal politik? dah ramai orang laen tulis..tak perlu la..nak ulas hal bola? bosan....Selangor n Manchester United tak perform...baek takyah..hal agama? diri sendiri pun makin hanyut...oh saje nak bagitau, lagu Mawi ft AC Mizal baru tu nice jugak..ketuhanan kan...harap nak dengar nasyid zaman2 nie, haduyai.........