Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

Bila Kita Suka Akan Seseorang

Assalamualaikum 2016

Tahun baru tiba sudah.  Ada ke tidak apa-apa yang berubah? Nampak macam tidak. Sebab azam hanya tinggal azam, keazaman pelaksanaannya jelas sekali tidak seperti yang diimpikan. Hahahaha. Meh kita ungkap satu kisah bila kita suka akan seseorang.......

Bila kita suka akan seseorang, cacat cela beliau bukanlah masalah. Kesempurnaan dalam diri seseorang itulah yang menjadi tumpuan kita tanpa mengambil kira ketidaksempurnaan beliau. Tanpa beliau, kita rasa tak best nak buat sesuatu perkara. Bila nak bercerita tentang seseorang yang kita suka tu, mesti kita up kan saham beliau gila-gila, padahal orang sekeliling tahu yang sebenar-benarnya, ianya hanyalah indah khabar dari rupa.

Bila kita suka akan seseorang, kita akan mendengar cerita-cerita beliau. Segala masalah beliau akan cuba kita selesaikan. Kita akan tolong beliau bagi menyiapkan kerja yang ada walaupun masa kita terpaksa dikorbankan. Apabila ke mana-mana, kita teringat akan beliau. Nak makan, tunggu beliau. Kalau pergi membeli barang, kita akan bertanya beliau samada mahukan barang juga atau tidak. Segala yang beliau lakukan tidaklah salah, jika salah, diterima dengan pelbagai alasan yang kadang tak munasabah.

Tapi ingatlah......

Bila kita suka akan seseorang, berpadalah dalam mengekspresikan kesukaan tersebut. Sesungguhnya, akan ada insan sekeliling yang berasa tidak selesa, terpinggir, malahan boleh mendatangkan kecemburuan yang tidak sepatutnya. Jangan mendewakan yang disukai, mencacaikan yang dibenci. Sekian.

Perbincangan perjalanan akan datang

p/s: orang yang kita suka bukan hanya merujuk kepada kekasih hati, tetapi boleh juga kepada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga mahupun kenalan. 

Tuesday, November 13, 2012

Saya Tak Suka Menulis

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak suka menulis. Saya tak suka menaip. Saya takde mood nak taip. Saya suka tangkap gambar. Tapi saya takde kamera, Saya nak tangkap gambar selalu. Tapi saya suka tangkap gambar yang saya suka saje. Kalau gambar yang saya tak suka, saya tak tangkaplah. Kenapa saya tulis macam ini. Saya tak suka menulis. Tapi kenapa saya masih lagi menulis. Mungkin sebab saya hanya mahu merapu. Tapi saya tak suka menulis. Saya suka tangkap gambar. Tapi saya takde kamera. Saya ada talipon sahaja. Saya tangkap gambar ikut talipon sahaja. Sebab saya tak suka menulis. Tapi kadang-kadang macam suka, Eh tiba-tiba jadi suka. Tapi tadi tulis yang saya tak suka menulis. Dan sekarang masih lagi menulis. Tapi ini bukan menulis. Tapi menaip. Eh maksud menulis tu ialah menulis dalam blog ini. Tapi kenapa saya tak suka menulis dalam blog ini. Mungkin sebab saya suka bergambar. Tapi saya takde kamera. Saya tangkap gambar ikut talipon. Jadi macam mana nak berhenti menulis ini. Eh bukan menulis la, tapi menaip. Senang sahaja katanya. Jangan la main tekan-tekan lagi. Tapi masih menekan. Main tekan sahaja. Sebab bosan dan lama dah tak menulis dalam blog ini. Jadi merapu sahajalah. Sesiapa yang membaca janganlah pelik. Sebab saya tak suka menulis. Jadi macam inilah bila tak suka menulis. Diulangi, menulis dalam blog, bukan menulis biasa-biasa itu. Yang main tulis biasa-biasa itu memanglah biasa. Sudah cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja. Lain kali sahajalah. Marilah kita terus belajar kerana "tholabul ilmu faridhotun a'laa kulli muslim, menuntut ilmu wajib atas setiap muslim". Baiklah, terus belajar. Cuma satu sahaja. Seperti yang dinyatakan awal-awal, Saya Tak Suka Menulis

Sekian

target A+ semester 8 bachelor in accountancy...amin