Tuesday, May 22, 2012

:: Rejab...can't wait for Ramadhan ::

Assalamualaikum w.b.t


Kenalilah bulan Islam..

- Muharram - Safar - Rabiul Awal - Rabiul Akhir - Jamadil Awal - Jamadil Akhir - Rejab - Syaaban - Ramadhan - Syawal - Zulkaedah - Zulhijjah -


Bulan Rejab sudah kembali..berlaku peristiwa Israk dan Mikraj di dalam nya...iaitu pada 27 Rejab...dan pada waktu itulah Rasulullah menerima kefardhuan untuk kita menunaikan solat fardhu 5 waktu...menanti seterusnya adalah bulan Syaaban, seterusnya Ramadhan..

Marilah sama-sama kita berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan al-Mubarak..
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
(Hadith riwayat Ahmad dan at-Tabrani) 

Perbanyakkanlah puasa sunat kerana ia merupakan salah satu cara persiapan bagi kita menempuh Ramadhan al-Mubarak yang dirindui...

Sekian

semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada Nya..cant wait to meet Ramadhan..^^

Wednesday, May 16, 2012

- MALAYSIA :: SELAMAT HARI GURU -

Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali tibanya tarikh 16 Mei, Malaysia akan menyambut perayaan hari guru...dan rupa2 nya, perayaan ini bukanlah dikongsi bersam-sama dengan masyarakat dunia kerana setiap negara ada tarikh mereka sendiri untuk menyambut hari guru..try check wiki kalau nak tau lebih lanjut..klik je kat sini...

Guru...golongan yang memberi ilmu kepada kita..fokusnya lebih kepada cikgu..hormatilah mereka....kalau kawan kita ajar kita, dia juga guru..para pensyarah..mereka juga guru...ibubapa, mereka juga guru...abang dan kakak, mereka juga guru...suami yang membimbing isterinya, mereka juga guru...bercita-citalah untuk menjadi guru...mengajar perkara yang baik kepada orang lain....seorang sahabat, Abi Umamah al-Bahiliy berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(Hadith riwayat Tirmidzi) 

Subhanallah...seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan kebaikan kamu wahai insan yang bergelar guru..

Sekian.



selamat hari guru untuk cikgu ustaz ustazah taski abim al-ehsan, cikgu2 sekolah kebangsaan salak, sekolah kebangsaan bandar baru salak tinggi, ustaz ustazah sekolah agama rendah salak, cikgu ustaz dan ustazah sekolah menengah agama persekutuan kajang, pensyarah2 uitm dungun terengganu, uitm bandar melaka

Friday, April 13, 2012

:: Hari Jumaat 01 ::

Assalamualaikum w.b.t


Jumaat penghulu segala hari..hari yang dijanjikan berlakunya hari kiamat..hari yang dipenuhi dengan rahmat daripada Ilahi..masyarakat Melayu biasanya akan berkelakuan baik pada hari ini..haha..nak tengok contoh? begini ye...


Si A: Semalam aku baru je bawak kluar kete baru..tapi hari ni tak dapat bawak datang office plak..isteri aku pinjam
Si B: Ko biar betul..semalam kan ko ada meeting dgn client sampai malam
Si A: Lepas tu aku amik la..takkan la aku nak tipu..ari Jumaat kot..


Perbualan itu menunjukkan yang hari Jumaat begitu dihormati oleh masyarakat kita secara tidak langsung...


(to be continued)

Thursday, February 9, 2012

::Cintailah Yang Mencintai Kita::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah, 
lahirnya Baginda Rasulullah, 
Nabi Muhammad S.A.W...


Salam Maulidur Rasul :)

Saturday, December 31, 2011

Tuntut Ilmu - Dampingilah Yang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t.


Waktu dan ketika coretan ini adalah pada 31 Disember 2011. Apa yang nak diperkatakan bukanlah semua coretan sepanjang tahun 2011 yang kalau dilihat balik, banyak kenangan dan pengalaman yang berharga. Antaranya ialah pengalaman apabila berkenalan dengan kenalan baru, berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama dan peluang berinteraksi dengan mereka yang lebih hebat daripada kita.


Apa yang hendak difokuskan di sini ialah perasaan apabila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Masing-masing gembira dengan cerita tersendiri yang pastinya berlainan dengan cerita yang kita ada. Lagi menggembirakan apabila mereka sudah berada ditahap orang-orang yang bakal dan akan berjaya suatu hari nanti. Ilmunya makin tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang tidak seberapa. 


Untung rasanya ada rakan-rakan yang lebih ilmunya berbanding kita. Biar membawa kita ke jalan yang betul, tidak menyimpang ke sana ke sini tiada hala tuju. Baginda Rasulullah S.A.W. ada membuat perumpamaan yang menarik. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka bagi pembawa wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangian kepadamu atau mungkin kamu membeli daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangiannya. Manakala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau yang busuk"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawa seharusnya kita mendampingi mereka yang membawa kebaikan dan menghindari yang membawa keburukan. Bukan bermaksud mendampingi yang kaya raya kerana akan terpalit hartanya, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah pekerti mulia serta ilmu yang berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan yang singkat ini. Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dalam buku ada ilmu.
Kalau ada kawan kita yang lebih ilmunya, dampingilah mereka. Tetapi janganlah timbul perasaan tidak mahu mendampingi mereka yang kurang ilmunya pula. Bawa mereka bersama kita dengan menyebarkan ilmu yang kita ketahui. Beri mereka peluang untuk mendampingi 'kita' yang berilmu pula.

Akhir kata, ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.

Sekian.

mood: nak final exam.wish me luck :-)

Friday, November 11, 2011

Still Single..."Ade Aku Kesah?"



Assalamualaikum w.b.t



Pada 25.10.2011 yg lalu, Alhamdulillah, telah dipilih Allah, berpeluang utk mnghadiri satu majlis ilmu...ada talk yg disampaikan oleh Imam Muda Asyraf di auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka bertajuk "Indahnya Cinta Ke Syurga"...anjuran kelab Rakan Intelek.

Apa yg boleh disimpulkan...nice talk...byk input best yg kalau difikir2kn balik, mmg betul la apa yg diperkatakan oleh Ustaz Asyraf dlm talk tu...dan berbalik kpd apa yg dah tulis kat tajuk tu..."still single"...hehe...rileks r kan..buat apa nak couple2 nie...lain la kalau couple tu mmbawa ke jinjang pelamin...mmg nice r...mmbina masjid bak kata org kita.

Still Single..."Ade Aku Kesah?" sebab apa kata mcm tu?? sbb kalau diperhatikan, bnda2 couple nie sememang nya boleh mmbawa ke arah ZINA...hurm.....zina pun ada byk jenis tu...hoho....nmpk mcm kejam la plak...ok la, bg mententeramkan keadaan, cuba hayati ayat Al-Quran nie:


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan buruk"
(Surah Al-Isra' ayat 32) 


Take note, "Jangan hampir"...sebagai peringatan, salah satu prkara yg boleh mmbawa ke arah perzinaan di zaman skrg nie adalah bercouple2...bukannye semua xtau yg byk brlaku kes buang bayi skrg nie kerana lelaki dan perempuan yg x kawin lg tapi dah trlanjur melakukan perzinaan...x kan la main trlanjur gitu je kan...mesti r ade brcouple2 dulu...dah ada hasil, buang je...lagi satu hal, yg jenis x trlanjur tapi juz main pegang2 tangan..xpun main pegang2 sana, pegang2 sini, peluk2 sana, peluk2 sini...sodap2 je kau kan...bukan muhrim tu...huhu...peringatan utk diri sendiri dan semua.


Betul tu...
Haram bercouple tuk budak2 n remaja2 sekolah, kata Imam Muda Asyraf...betul gak tu...waktu tu pelajaran la yg paling penting...x kan la gatal sgt nak kawin...haha!! tapi bagi usia 20an nie, boleh la....sbb time nie mmg dalam usia nak kawin...entah...ikut individu la....kalau dah niat nak kawin, bagus la...boleh dihalalkan perkara2 yg haram tu dgn ikatan pernikahan yang sah..huhu.....x salah nak bercouple tapi biarlah betul tujuannya utk nikah...dan jgn la nak couple lame2 sgt (Ustaz Asyraf pesan)...lebih molek jumpe parent dulu...kira nye mmg niat nak kawin la..huhu...sememangnya kita hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan....so, rancanglah bnde2 yg Allah suka...Insyaallah dipermudahkan bagi kita untuk melaksanakan apa yg telah dirancangkan...skali lg peringatan utk diri sendiri dan semua.

Akhir sekali, maaf jika coretan ini ada mgguris mana2 pihak...maaf juga jika ada salah silap tentang coretan nie...semoga kita sentiasa saling ingat mengingati antara sesama kita.

Bak kata Sohaimi Mior Hassan juga Ana Raffali, 
"...kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama..."


Sekian

Thursday, May 5, 2011

Menjaga Di Tepi Kain Atau Di Dalam Kain?

Assalamualaikum W.B.T
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui "
(Surah An-Nur ayat 19) 

Membuka keaiban orang lain sememangnya salah dalam agama Islam...kalaulah nak diikutkan, banyak betul kes orang buka aib orang lain zaman sekarang nie...kenapa ye?? sebab terlebih jaga tepi kain orangkah?? oh silap-silap...bukan menjaga tepi kain orang, tapi dah menjaga dalam kain tu nama nya...Hahaha!!! 

Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak salah kalau nak menjaga tepi kain orang...asalkan biarlah kena dengan caranya.


Mengambil satu contoh kes yang berlaku, berkenaan dengan video skandal seks ketua pembangkang...diingatkan di sini bahawa, bukanlah kebenaran video tersebut yang nak dicakapkan...atau bukanlah bertujuan untuk menentukan siapa benar siapa salah tujuan segala benda ini ditulis.

Tetapi tujuan sebenar adalah untuk membuat semua pembaca berfikir sejenak, bukankah cara atau tindakan ini merupakan salah satu gaya pengaiban terhadap orang lain...maaf jika berkaitan dengan perkara sensitif or something like that, ini hanyalah perkara yang terlintas dalam fikiran si penulis.

Dahulu di sekolah, ustaz dan ustazah ada berpesan, "tak elok kita dedah aib orang, kelak nanti aib sendiri yang terdedah...kalau bukan di dunia sekalipun, akhirat dipertontonkan jugak".

Tapi kalaulah kita tau akan sesuatu keaiban tu, macam mana nak buat ye?? lagi2 kalau benda tu dah sah2 salah dan berdosa pulak...macam mane ye?? dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat"

Hurmm....Alhamdulillah..tapi tak menjawab soalan lagi nie...cuba baca hadith ni pulak...daripada Abu Said Al-Khudri R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ditegur dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka tegurlah dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu maka tegurlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith riwayat Muslim)

Tapi kalau nak menegur tu, biarlah kena dengan caranya...biarlah penuh berhikmah...tidak mengganggu sensitiviti orang tu, menjatuhkan maruahnya serta keluarganya dan lain2 hal lagi yang perlu diambil kira.

Akhir kata, daripada kita menjaga tepi atau dalam kain orang lain, lebih baik kita menjaga dalam dan luar kain kita...Jika baik penjagaan dalamnya, maka baik jugalah keadaan luarannya...Renung-renungkanlah~~

Sekian