Showing posts with label smapk. Show all posts
Showing posts with label smapk. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Oh Sahabat - Putera SMAPK 02-06

Assalamualaikum

Petang tadi terjumpa Tebe, my friend masa kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dulu. Sekarang dah katang dah badan dia daripada dulu2. Tetibe teringat kenangan sekolah2.

Awal pagi nanti start Uefa Champion League group stage. Dulu kat SMAP every season mesti main fantasy untuk Champion League. Bila dah masuk U, terus tak main. So siang tadi aku ada la buat team and league untuk main. Saje je sebab teringat dulu2.

Last2 week, 6 September malam, set main futsal dengan geng2 SMAP. Dan hasilnya adalah paling ramai manusia yang pernah turun. Hahaha. Terima kasih organiser, si Tulang a.k.a Ajan. Dapat la jumpa dengan yang tak pernah dijumpai since habis form 5 dulu (tujuh tahun berlalu). Dikira reunion jugak la.

Next day nye, 7 September malam, set buat BBQ. Bakar daging rusa hasil tajaan Rasydan. And sebabkan aku tokey air time bazar ramadhan lepas, aku pun ditugaskan settle hal air. No hal laa. Segalanya berjalan lancar. Jumpa lagi dengan beberapa manusia yang tak dapat join futsal, tapi Alhamdulillah dapat datang BBQ.

Tu pun, still ada lagi yang nak datang tapi ada kekangan masing2 menghalang untuk turut serta. Lain kali tak tahu la bila dapat kumpul ramai yang macam ini. Semua dah bekerjaya dan memikul tanggungjawab yang tersendiri.  

Dah, tu jela nak story2. Straight forward je tulisan kali nie. Ni antara gambar2 yang dicuriku daripada kawan2 ku....

Before futsal start

Ngeteh after futsal

Sesi ber'BBQ'

Dalam koleksi hadith 40 Imam Nawawi, hadith yang ke 13, daripada Abu Hamzah Anas bin Malik R.A, khadam Rasulullah S.A.W, daripada Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadith riwayat al-Bukhariy dan Muslim)

Sekian 

Wednesday, July 3, 2013

Aku Yang Tertangguh - Ompek Satu Sonyum Lebar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam 2 Julai adalah second days aku menganggur..hahaha....sudah tidak bekerja di Pharmaniaga...lalu dengan itu mengambil keputusan untuk ke Stadium Shah Alam...Selangor vs T-Team yang berkesudahan Selangor menang 4-1..bak kata Waris dalam lagu Rembau Most Wanted,

♪ Ompek Satu Sonyum Lebar ♬

Hahaha...tapi Piala Liga Super tak dapat ke Shah Alam sebab Lions menang pulak lawan Felda..kire confirm dah la akhirnye....ini semua adalah suatu "Kemenangan Yang Tertangguh" bagi Selangor

Bila cakap pasal "Kemenangan Yang Tertangguh", lepas game tu aku pergi la ke Khulafa Bistro Sek 7, Shah Alam...tuk berjumpa sahabat2 lama time kat SMAPK dulu...diorang buat sesi beramah mesra mengeratkan silaturrahim yang sekian lama di bina..hahaha...atas usaha si Rasydan la nie..ada abang Hasbie join skali, senior merangkap naqib kat smap dulu...dan beliau jugak la penulis buku "Kemenangan Yang Tertangguh"


Tapi masa aku datang tu, abg Hasbie takda dah la..lewat pulak aku datang nye...diorang plan kul 9 mlm, time tu mmg aku dalam stadium la..so, yang tinggal hanye la Ajan, Kimal, Iky, Dan, Adam n Afif...macam Pale, Dayat n Kamil balik sudah...diorang pun nak balik dah sebenarnye tapi bley lak ngeteh mulaa sbb aku sampai...wahwahwah...lama tak lepak sembang2 nye pasal katekan

Bile lepak gitu, terase rindu plak ngn suasana dulu kala time skola menengah...baik sungguh aku time tu...sekarang jahat..haishhh....nak bulan puasa nie, harap dapat manfaatkan Ramadhan sehabis baek yang mungkin..kalau dulu, tiap2 hari mesti pegang n baca Al-quran...tapi sekarang.........

Need to muhasabah gile2 nie...huhu ☹

Harapnya kita berdoalah semoga Allah sentiasa memberikan jalan untuk kita berubah ke arah yang diredhai oleh Nya. Amin..janganlah kita ini tergolong dlm golongan "Aku Yang Tertangguh" drpd kebaikan dan keredhaan oleh Nya..Nauzubillah...kire akhir kata la tu tuk post nie ☺

Sunday, July 29, 2012

Kisah Ramadhan - Pabila Pak Imam Dijadikan Topik Bicara


Assalamualaikum w.b.t.


Masa awal2 bulan ramadhan gini, bersamaan dengan 1st week of ramadhan, takpun 10 ramadhan pertama ke, mesti ramai yang gi masjid2 n surau2 tuk solat terawih..semangat tengah kuat lagi awal2 nie kan..ada yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat..bagus2...bila dah abis terawih plak, nikmati la sedikit moreh yang disediakan..dan ada jugak yang sertai tadarus al-quran..alhamdulillah kalau macam tu...

So, apa yang nak habaq mai kat sini ialah kesah yang terjadi beberapa hari lepas, time awal2 ramadhan haritu..ada la yang meluahkan isi hati berkenaan Pak Imam semasa solat terawih..katanya Imam baca ayat panjang sangat..patutnya baca la pendek2 je..baru la kita nie kusyuk skit nak semayang, baru la ikhlas tu mari...pastu ada yang kata baru la boleh tarik orang datang berterawih..then ada lagi yang kata kesian kat pakcik makcik yang dah tua2 tu nanti tak larat lama2...ada gak yang macam tak dapat nak tahan kalau lama2 sangat..dan bermacam2 pendapat serta luahan yang dikeluarkan berkenaan dengan Pak Imam solat terawih nie..hurmm...femes plak Pak Imam bile bulan ramadhan nie..hehe..

Kalau tanya kat aku, memang aku tak berapa setuju la..setahu aku, solat terawih nie solat tuk rehat2 gitu..kalau dah nak cepat2 semayang, tak rehat la nama nye...dan lagi satu, kalau rasa tak berapa nak tahan sangat, buat jela lapan...lapan rakaat je pun, takda nye tercabut lutut..then kalau tak larat nak berdiri time solat, boleh duduk ye tuan2 dan puan2 (bagi mereka yang memang tiada kemampuan)

Sebenarnya, nie sume bukan salah Pak Imam..kita nie yang kene cermin diri..kan dah tau bila ramadhan datang, banyak ganjaran pahala diberikan tuk kita rebut..kenapa kita nak manja2 sangat nie?? Ish3...(soalan tuk diri sendiri jugak nie..huhu..)

Okay la ye, nanti sambung lagi cerita2 ramadhan nie...akhir kata, selamat terus beribadah di bulan yang penuh keberkatan ini.. ^_^


Sekian.


jumaat 27hb julai, suke rase hati kerna sticker kereta smapk diterima, tahu akak senior exec kat office ex-smapk & terjumpe dua orang kawan smapk kat masjid klia lepas asar..rindu berpuasa waktu dulu di sekolah itu..federal islamic secondary school of kajang


Wednesday, May 16, 2012

- MALAYSIA :: SELAMAT HARI GURU -

Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali tibanya tarikh 16 Mei, Malaysia akan menyambut perayaan hari guru...dan rupa2 nya, perayaan ini bukanlah dikongsi bersam-sama dengan masyarakat dunia kerana setiap negara ada tarikh mereka sendiri untuk menyambut hari guru..try check wiki kalau nak tau lebih lanjut..klik je kat sini...

Guru...golongan yang memberi ilmu kepada kita..fokusnya lebih kepada cikgu..hormatilah mereka....kalau kawan kita ajar kita, dia juga guru..para pensyarah..mereka juga guru...ibubapa, mereka juga guru...abang dan kakak, mereka juga guru...suami yang membimbing isterinya, mereka juga guru...bercita-citalah untuk menjadi guru...mengajar perkara yang baik kepada orang lain....seorang sahabat, Abi Umamah al-Bahiliy berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(Hadith riwayat Tirmidzi) 

Subhanallah...seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan kebaikan kamu wahai insan yang bergelar guru..

Sekian.



selamat hari guru untuk cikgu ustaz ustazah taski abim al-ehsan, cikgu2 sekolah kebangsaan salak, sekolah kebangsaan bandar baru salak tinggi, ustaz ustazah sekolah agama rendah salak, cikgu ustaz dan ustazah sekolah menengah agama persekutuan kajang, pensyarah2 uitm dungun terengganu, uitm bandar melaka