Saturday, June 2, 2012

:: Rahsia Peribadi Mengikut Bulan Kelahiran - JUN ::

Assalamualaikum w.b.t.

Just nak sharing something..bila bosan2 surf internet, apa lagi, men google2 la..coz im not the youtube person..haha!! Oh My English...hehe..kadang2 jela..


Ini dia..kepada sesiapa yang lahir pada bulan Jun, sila baca ni...sumber nya, blog2 lain..Dr. Fazilah Kamsah yang habaq mai benda nie..hehe...baca2...
  • berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai yang lemah lembut
  • mudah berubah sikap
  • idea yang terlalu banyak di kepala
  • bersikap sensitif
  • otak yang aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak yang cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan dan pandai berkawan
  • seorang yang tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah dijangkiti selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • sikap terlalu memilih dan cerewet
  • kurang mempamerkan perasaan
  • bila terluka hati, lambat nak sembuh
  • mudah menjadi eksekutif
  • suka kepada barang yang berjenama
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan
Semestinya bukan semua keperibadian ini diwarisi oleh mereka yg lahir pada bulan Jun. tapi kebanyakannya mesti ada..so, mana yg elok, teruskan la...yg kurang elok, perbaiki jd elok ye..
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11) 

Sekian.


selamat hari lahir, selamat panjang umur murah rezeki, selamat bertambah keimanan, semoga dirahmati diredhai dikasihi dan dicucuri rahmat oleh Nya, diucapkan kepada saudara-saudari muslimin-muslimat sekalian...Allah selamatkan kamu semua...
************** 
^_^

Friday, May 25, 2012

:: TakNakJadiSomebodyThatIUsedToKnow ::

Assalamualaikum w.b.t

Kawan...berkawanlah dengan ikhlas...jangan menyusahkan kawan dengan sengaja...berkawanlah dengan ramai orang...tetapi dengan batas yang tepat...kawan di dunia nyata dan di alam may cukup berbeza...biarlah berkawan bukan sahaja untuk kepentingan dunia, tetapi juga kepentingan akhirat...

Kawan baik...di sini...

Berkawanlah...dan jangan bermusuh...berkawan biar kekal...jangan ia hilang...dan menjadi kisah silam...bak kata Gotye, "Now you just somebody that I used to know"...jangan...jangan begitu...doakanlah kebaikan terhadap kawan-kawanmu...nescaya kebaikan itu akan kembali kepada dirimu...

Sekian.

rindu sama kawan..semoga kamu berbahagia hendaknya *_*

Tuesday, May 22, 2012

:: Rejab...can't wait for Ramadhan ::

Assalamualaikum w.b.t


Kenalilah bulan Islam..

- Muharram - Safar - Rabiul Awal - Rabiul Akhir - Jamadil Awal - Jamadil Akhir - Rejab - Syaaban - Ramadhan - Syawal - Zulkaedah - Zulhijjah -


Bulan Rejab sudah kembali..berlaku peristiwa Israk dan Mikraj di dalam nya...iaitu pada 27 Rejab...dan pada waktu itulah Rasulullah menerima kefardhuan untuk kita menunaikan solat fardhu 5 waktu...menanti seterusnya adalah bulan Syaaban, seterusnya Ramadhan..

Marilah sama-sama kita berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan al-Mubarak..
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
(Hadith riwayat Ahmad dan at-Tabrani) 

Perbanyakkanlah puasa sunat kerana ia merupakan salah satu cara persiapan bagi kita menempuh Ramadhan al-Mubarak yang dirindui...

Sekian

semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripada Nya..cant wait to meet Ramadhan..^^

Wednesday, May 16, 2012

- MALAYSIA :: SELAMAT HARI GURU -

Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali tibanya tarikh 16 Mei, Malaysia akan menyambut perayaan hari guru...dan rupa2 nya, perayaan ini bukanlah dikongsi bersam-sama dengan masyarakat dunia kerana setiap negara ada tarikh mereka sendiri untuk menyambut hari guru..try check wiki kalau nak tau lebih lanjut..klik je kat sini...

Guru...golongan yang memberi ilmu kepada kita..fokusnya lebih kepada cikgu..hormatilah mereka....kalau kawan kita ajar kita, dia juga guru..para pensyarah..mereka juga guru...ibubapa, mereka juga guru...abang dan kakak, mereka juga guru...suami yang membimbing isterinya, mereka juga guru...bercita-citalah untuk menjadi guru...mengajar perkara yang baik kepada orang lain....seorang sahabat, Abi Umamah al-Bahiliy berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(Hadith riwayat Tirmidzi) 

Subhanallah...seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan kebaikan kamu wahai insan yang bergelar guru..

Sekian.



selamat hari guru untuk cikgu ustaz ustazah taski abim al-ehsan, cikgu2 sekolah kebangsaan salak, sekolah kebangsaan bandar baru salak tinggi, ustaz ustazah sekolah agama rendah salak, cikgu ustaz dan ustazah sekolah menengah agama persekutuan kajang, pensyarah2 uitm dungun terengganu, uitm bandar melaka

Friday, April 13, 2012

:: Hari Jumaat 01 ::

Assalamualaikum w.b.t


Jumaat penghulu segala hari..hari yang dijanjikan berlakunya hari kiamat..hari yang dipenuhi dengan rahmat daripada Ilahi..masyarakat Melayu biasanya akan berkelakuan baik pada hari ini..haha..nak tengok contoh? begini ye...


Si A: Semalam aku baru je bawak kluar kete baru..tapi hari ni tak dapat bawak datang office plak..isteri aku pinjam
Si B: Ko biar betul..semalam kan ko ada meeting dgn client sampai malam
Si A: Lepas tu aku amik la..takkan la aku nak tipu..ari Jumaat kot..


Perbualan itu menunjukkan yang hari Jumaat begitu dihormati oleh masyarakat kita secara tidak langsung...


(to be continued)

Thursday, February 9, 2012

::Cintailah Yang Mencintai Kita::

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah, 
lahirnya Baginda Rasulullah, 
Nabi Muhammad S.A.W...


Salam Maulidur Rasul :)

Saturday, December 31, 2011

Tuntut Ilmu - Dampingilah Yang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t.


Waktu dan ketika coretan ini adalah pada 31 Disember 2011. Apa yang nak diperkatakan bukanlah semua coretan sepanjang tahun 2011 yang kalau dilihat balik, banyak kenangan dan pengalaman yang berharga. Antaranya ialah pengalaman apabila berkenalan dengan kenalan baru, berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama dan peluang berinteraksi dengan mereka yang lebih hebat daripada kita.


Apa yang hendak difokuskan di sini ialah perasaan apabila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Masing-masing gembira dengan cerita tersendiri yang pastinya berlainan dengan cerita yang kita ada. Lagi menggembirakan apabila mereka sudah berada ditahap orang-orang yang bakal dan akan berjaya suatu hari nanti. Ilmunya makin tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang tidak seberapa. 


Untung rasanya ada rakan-rakan yang lebih ilmunya berbanding kita. Biar membawa kita ke jalan yang betul, tidak menyimpang ke sana ke sini tiada hala tuju. Baginda Rasulullah S.A.W. ada membuat perumpamaan yang menarik. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka bagi pembawa wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangian kepadamu atau mungkin kamu membeli daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangiannya. Manakala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau yang busuk"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawa seharusnya kita mendampingi mereka yang membawa kebaikan dan menghindari yang membawa keburukan. Bukan bermaksud mendampingi yang kaya raya kerana akan terpalit hartanya, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah pekerti mulia serta ilmu yang berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan yang singkat ini. Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dalam buku ada ilmu.
Kalau ada kawan kita yang lebih ilmunya, dampingilah mereka. Tetapi janganlah timbul perasaan tidak mahu mendampingi mereka yang kurang ilmunya pula. Bawa mereka bersama kita dengan menyebarkan ilmu yang kita ketahui. Beri mereka peluang untuk mendampingi 'kita' yang berilmu pula.

Akhir kata, ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.

Sekian.

mood: nak final exam.wish me luck :-)