Friday, June 17, 2016

Pedoman Kebaikan

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Terimalah nukilan buat pedoman, untuk sahabat handai yang mencari haluan, jangan lupa kita hanya insan, yang asyik dahagakan perhatian, walau tak sedar, itulah hakikat dan bukan omongan.

Buat baik tak minta balasan, cukuplah hargai, atas usaha-usaha selama ini, niat hati bahagia, janganlah sulamkan duka.

Ada akal, fikir. Ada jiwa, rasa. Ada hati, selami.

Buatlah baik sebanyak mana, silap yang satu juga diingati, lumrah hidup di alam ini, tak ingat segala kebaikan, hanya melekat keburukan, walau bertahun bertahan, satu detik hancur berderai.

Sekian. Wassalam.



Villa Hantu, Lombok

Sunday, June 5, 2016

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Marhaban Ya Ramadhan.

Salah silap mohon diampun.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan berada dalam bulan yang mulia ini.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama menjalani tarbiah Ramadhan.

Sekian.

Ramadhan bulan yang dinanti




Friday, May 27, 2016

Janji membawa kemunafikan

Assalamualaikum w.b.t

Lembu di ikat pada tali, manusia di ikat pada janji.

Pepatah ke bidalan ke atau apa pun yang merujuk kepada ayat tersebut, amatlah susah untuk dijumpa pada hari ini. Janji, senang diungkap, amatlah berat dilaksana. Janji, senang dimeterai, amatlah berat didokong.

Kalau nak janji, biarlah jangan berkeadaan mabuk. Tak tak, aku tak minum, ape yang mabuknye?

Ye memang kau orang tak minum yang memabukkan itu, tetapi cakap kau tu yang penuh dengan isu kemabukan. Kau janji itu, kau janji ini, at the end, kau lupe ape kau janji, kau lupe ape yang harus ditepati. Segalanya punah menjadi capati. Cicah sardin, masuk dalam perut sendiri.

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya."
(Surah Al-Isra', ayat 34)


"Tanda-tanda munafik itu 3, apabila berbicara dia berdusta, apabila dia berjanji, dia mungkiri, apabila dia dipercayai dia khianati." 
(Hadith riwayat Muslim) 


Sekian, mohon jangan jadi munafik.


Friday, March 4, 2016

Duduk Goyang Kaki

Assalamualaikum w.b.t

Oleh kerana aku bosan duduk goyang kaki, aku coretkan apa yang dah jadi takat goyang kaki malam ni (sewaktu penulisan ini berlaku).

Satu, aku dapat tengok Tunku Tun Aminah (Princess of Johor) dari dekat. Baginda nampak lembut dan manis dengan fesyen yang ditampilkan.

Dua, aku dapat tengok Jeslina Hashim (singer) juga dari dekat. Beliau nampak lembut dan seksi dengan fesyen yang ditampilkan.

Hahahaha!!!!!!!

Siapa kata duduk saja goyang kaki tak dapat apa2. At least, aku dapat tengok orang yang tak pernah aku tengok. Tapi tiada sebarang gambar sebagai bukti. Cukuplah sebagai kepuasan diri. Menggoyang kaki dan menikmati scenery. Yang pasti, seorang diri. Tiada sesiapa di sisi.

Dua darjat yang berbeza, aku tak nilai dengan perkenalan dalaman, hanya pandangan luaran, pabila menggoyang kaki. People said, don't judge a book by it's cover. Maka lupakan apa yang aku taipkan di atas itu.

Sekian daripada si penggoyang kaki di malam empat mac dua puluh enam belas. Time to not goyang kaki pulak.

Saturday, January 9, 2016

Bila Kita Suka Akan Seseorang

Assalamualaikum 2016

Tahun baru tiba sudah.  Ada ke tidak apa-apa yang berubah? Nampak macam tidak. Sebab azam hanya tinggal azam, keazaman pelaksanaannya jelas sekali tidak seperti yang diimpikan. Hahahaha. Meh kita ungkap satu kisah bila kita suka akan seseorang.......

Bila kita suka akan seseorang, cacat cela beliau bukanlah masalah. Kesempurnaan dalam diri seseorang itulah yang menjadi tumpuan kita tanpa mengambil kira ketidaksempurnaan beliau. Tanpa beliau, kita rasa tak best nak buat sesuatu perkara. Bila nak bercerita tentang seseorang yang kita suka tu, mesti kita up kan saham beliau gila-gila, padahal orang sekeliling tahu yang sebenar-benarnya, ianya hanyalah indah khabar dari rupa.

Bila kita suka akan seseorang, kita akan mendengar cerita-cerita beliau. Segala masalah beliau akan cuba kita selesaikan. Kita akan tolong beliau bagi menyiapkan kerja yang ada walaupun masa kita terpaksa dikorbankan. Apabila ke mana-mana, kita teringat akan beliau. Nak makan, tunggu beliau. Kalau pergi membeli barang, kita akan bertanya beliau samada mahukan barang juga atau tidak. Segala yang beliau lakukan tidaklah salah, jika salah, diterima dengan pelbagai alasan yang kadang tak munasabah.

Tapi ingatlah......

Bila kita suka akan seseorang, berpadalah dalam mengekspresikan kesukaan tersebut. Sesungguhnya, akan ada insan sekeliling yang berasa tidak selesa, terpinggir, malahan boleh mendatangkan kecemburuan yang tidak sepatutnya. Jangan mendewakan yang disukai, mencacaikan yang dibenci. Sekian.

Perbincangan perjalanan akan datang

p/s: orang yang kita suka bukan hanya merujuk kepada kekasih hati, tetapi boleh juga kepada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga mahupun kenalan. 

Monday, July 6, 2015

10 Malam Terakhir

Assalamualaikum

Fasa ketiga Ramadhan sudah tiba. Perbanyakkanlah amal baik di siang hari dan hidupkanlah malam-malam yang terakhir ini. Pesanan ringkas buat semua, ini sahaja waktu yang ada.

Nabi kata, carilah malam Lailatul qadr di malam ganjil. Banyakkan iktiqaf di masjid. Ini yang Nabi buat. Kita ni ummat siapa? Ummat nabi Muhammad kan. So buat la apa yang Nabi buat.

Sekian.