Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Wednesday, December 9, 2020

Kenal Hukum Bahagia Hidup

Assalamualaikum w.b.t.


Daripada dulu sampai sekarang, drama-drama tempatan banyak yang memainkan sentimen cinta dan keluarga yang pastinya dekat dengan elemen masyarakat Malaysia, khususnya Melayu dan Islam.

Jadi apa kata kita fahami petikan 'copy & paste' di bawah ini:


Anak lelaki bila mak suruh balik kampung..mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga..nak balik mana? Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.


Anak perempuan bila makan bersama mak ayah dan suaminya..nak senduk nasi untuk mak ayahnya dulu atau suaminya? Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.


Anak bila ayahnya suruh buat sesuatu..dlm masa yang sama.. mak pun suruh buat sesuatu yang lain..nak buat yang mana dulu? Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.


Antara ibu ayah dan dan ank isteri mana dulu yang wajib diberi nafkah? Hukum feqah kata wajib dahulukan anak isteri.

 

Kita ada adik beradik yang hidup susah..kawan kita pun ada yang susah..nak tolong siapa dulu..Hukum feqah kata dahulukan adik beradik.


Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai..mana dulu nak diutamakan? Hukum feqah kata anak isteri dulu.


Setuju atau tidak..sebagai seorang Islam, hukum tetap hukum..wajib kita ikuti..


Kalaulah semua orang faham hukum hakam agama ini..bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga..Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur..contoh,bila kita makan dgn mertua,isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita(suami)..kita pula beri nasi itu pada mertua..kan cantik mcm tu..Bila ibu boleh berkata"takpa..buat dulu apa yang ayah kau suruh buat tu..pastu buat yang mak suruh"..Inilah Tasawuf..Wallahu'alam.


Mencintaimu



Wednesday, September 18, 2013

Oh Sahabat - Putera SMAPK 02-06

Assalamualaikum

Petang tadi terjumpa Tebe, my friend masa kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) dulu. Sekarang dah katang dah badan dia daripada dulu2. Tetibe teringat kenangan sekolah2.

Awal pagi nanti start Uefa Champion League group stage. Dulu kat SMAP every season mesti main fantasy untuk Champion League. Bila dah masuk U, terus tak main. So siang tadi aku ada la buat team and league untuk main. Saje je sebab teringat dulu2.

Last2 week, 6 September malam, set main futsal dengan geng2 SMAP. Dan hasilnya adalah paling ramai manusia yang pernah turun. Hahaha. Terima kasih organiser, si Tulang a.k.a Ajan. Dapat la jumpa dengan yang tak pernah dijumpai since habis form 5 dulu (tujuh tahun berlalu). Dikira reunion jugak la.

Next day nye, 7 September malam, set buat BBQ. Bakar daging rusa hasil tajaan Rasydan. And sebabkan aku tokey air time bazar ramadhan lepas, aku pun ditugaskan settle hal air. No hal laa. Segalanya berjalan lancar. Jumpa lagi dengan beberapa manusia yang tak dapat join futsal, tapi Alhamdulillah dapat datang BBQ.

Tu pun, still ada lagi yang nak datang tapi ada kekangan masing2 menghalang untuk turut serta. Lain kali tak tahu la bila dapat kumpul ramai yang macam ini. Semua dah bekerjaya dan memikul tanggungjawab yang tersendiri.  

Dah, tu jela nak story2. Straight forward je tulisan kali nie. Ni antara gambar2 yang dicuriku daripada kawan2 ku....

Before futsal start

Ngeteh after futsal

Sesi ber'BBQ'

Dalam koleksi hadith 40 Imam Nawawi, hadith yang ke 13, daripada Abu Hamzah Anas bin Malik R.A, khadam Rasulullah S.A.W, daripada Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadith riwayat al-Bukhariy dan Muslim)

Sekian 

Monday, August 19, 2013

Pesanan Untuk Wanita a.k.a Isteri, Lelaki a.k.a Suami Sila Bertanggungjawab - Mood Kawan-Kawan Kahwin




Terimalah hasil saya yang sekadar tahu meng'copy' 'paste' daripada sumber lain



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”




Ibnu Abas r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda: 
“Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempersolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.”




Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: 
Empat jenis wanita yang berada di surga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di surga adalah:
  1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
  2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
  3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
  4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar).
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah:
  1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
  2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
  3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
  4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.




“Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 
“Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)




Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab: "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Riwayat Muslim)




Sabda Rasulullah saw: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum berasa berpuas hati dan berasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)




Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya"




semoga kelak dapatku memikul tanggungjawab agar isteriku dan zuriatku bukan dalam golongan yang dimurkai