Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, April 16, 2021

Ramadan 1442 H - Coretan 4

 Assalamualaikum w.b.t.


Kadang kita tak sedar, apa yang kita cakapkan tentang orang lain, berkenaan dengan perlakuannya, tindak tanduk serta tingkah lakunya, juga keputusan yang dibuatnya, adalah perkara yang sama seperti kita lakukan. Sibuk cakapkan sipolan itu begitu begini, walhal kitalah yang begitu begini. Sibuk beritahu orang lain yang sipolan itu begitu begini, walhal sama sahaja kita dengan sipolan tersebut. Kita tak sedar kerana kita tak nampak akan diri kita yang sebenar. Atau mungkin kita tak terima akan diri kita yang sebenar. 


Kadang-kadang, orang sekeliling sedar yang kita tak sedar, bahawasanya kita sama dengan sipolan. Tetapi orang sekeliling tak terucap kata-kata untuk berterus terang tentang segalanya kerana egoisnya diri kita menolak serta memasamkan kebenaran yang pahit untuk ditelan. Pasti muka akan terlihat cemberut, reaksi akan terpacul amarah, jiwakan memberontak, menolak sebulatnya kenyataan nista. 


Susah untuk dimuhasabah, kerana hormat tiada terletak. Susah untuk menerima, kerana diri dianggap mulia. Kekal tenang tanpa kesan. Walau yang rapat menegur, pasti tiada yang betul. Ditinggi suara, dilempias emosi negatif, yang pasti merajuk kan menjadi. Yang menegur pula terasa serba salah, kesal dan bingung, akukah yang salah susunan kata, akukah yang tak patut mencerahkan keadaan, akukah yang dituduh maksum. 


Sedih. Hiba dalam diam. Bukan si dia tahu, kerana pilu tak dapat dilalu. Tak terungkap di luaran, namun terkesan di dalam. Aku menegur, aku yang kena. Hidup tak sentiasa meriah, ada masa hubungan menjadi renggang, seperti tidur membelakangkan alam, merajuk tiada bertepi. Fikiran langsung ke diri, bukan untuk iktibar hari-hari. Moga ramadan dapat mendidik diri.


Sekian. 




Wednesday, April 14, 2021

Ramadan 1442 H - Coretan 2

 Assalamualaikum w.b.t.


Setiap daripada kita pasti akan meletakkan suatu azam jika tibanya suatu musim yang baharu. Azam yang tinggi itu perlu ada. Namun beringatlah, jangan meroket tanpa payung terjun. Jangan mendaki tanpa kasut yang sesuai. Akibatnya nanti azamnya entah ke mana. Persoalkan diri untuk menuju ke puncak. Bukan hanya berangan di pagi hari dan masih berangan ketika bulan sudah di atas kepala.


Jika di bulan puasa kita nakkan itu ini, siapkan dengan strategi yang direkod, bukan hanya dengan catatan di benak otak, atau dengan ucapan yang hilang dihembus angin. Azam untuk jadi yang terbaik bukan kerana makhluk di sekeliling, atau entiti di balik kaca gajet, tetapi kerana tuhan di Arasy, Allah s.w.t.


Sekian.


Harapan Ramadan


Wednesday, July 3, 2013

Aku Yang Tertangguh - Ompek Satu Sonyum Lebar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam 2 Julai adalah second days aku menganggur..hahaha....sudah tidak bekerja di Pharmaniaga...lalu dengan itu mengambil keputusan untuk ke Stadium Shah Alam...Selangor vs T-Team yang berkesudahan Selangor menang 4-1..bak kata Waris dalam lagu Rembau Most Wanted,

♪ Ompek Satu Sonyum Lebar ♬

Hahaha...tapi Piala Liga Super tak dapat ke Shah Alam sebab Lions menang pulak lawan Felda..kire confirm dah la akhirnye....ini semua adalah suatu "Kemenangan Yang Tertangguh" bagi Selangor

Bila cakap pasal "Kemenangan Yang Tertangguh", lepas game tu aku pergi la ke Khulafa Bistro Sek 7, Shah Alam...tuk berjumpa sahabat2 lama time kat SMAPK dulu...diorang buat sesi beramah mesra mengeratkan silaturrahim yang sekian lama di bina..hahaha...atas usaha si Rasydan la nie..ada abang Hasbie join skali, senior merangkap naqib kat smap dulu...dan beliau jugak la penulis buku "Kemenangan Yang Tertangguh"


Tapi masa aku datang tu, abg Hasbie takda dah la..lewat pulak aku datang nye...diorang plan kul 9 mlm, time tu mmg aku dalam stadium la..so, yang tinggal hanye la Ajan, Kimal, Iky, Dan, Adam n Afif...macam Pale, Dayat n Kamil balik sudah...diorang pun nak balik dah sebenarnye tapi bley lak ngeteh mulaa sbb aku sampai...wahwahwah...lama tak lepak sembang2 nye pasal katekan

Bile lepak gitu, terase rindu plak ngn suasana dulu kala time skola menengah...baik sungguh aku time tu...sekarang jahat..haishhh....nak bulan puasa nie, harap dapat manfaatkan Ramadhan sehabis baek yang mungkin..kalau dulu, tiap2 hari mesti pegang n baca Al-quran...tapi sekarang.........

Need to muhasabah gile2 nie...huhu ☹

Harapnya kita berdoalah semoga Allah sentiasa memberikan jalan untuk kita berubah ke arah yang diredhai oleh Nya. Amin..janganlah kita ini tergolong dlm golongan "Aku Yang Tertangguh" drpd kebaikan dan keredhaan oleh Nya..Nauzubillah...kire akhir kata la tu tuk post nie ☺

Sunday, December 30, 2012

Muhasabah of 2012

Assalamualaikum

Dah hujung 2012 sekarang nie...tah ape la yang dah jadi sepanjang taun nie...macam2 kisah yg berlaku...ada yang best, ada yang tak best, ada yang selesai, but ada yang still dalam tanda tanya, ada yang membanggakan, ada yang membahagiakan, then turn to not so happy, membuatkan hati sengsara..hahaha!! (gelak bagi sedap hati)

If dapat turn back time, terasa nak ulang balik tahun nie pun ada jugak..banyak mistake yang dah di buat tuk tahun nie..banyak jugak peluang yang dah dilepaskan dalam tahun nie..banyak kerugian juga banyak kebodohan yang dilakukan..sangat tak best bila fikirkan balik..but as usual, we have to learn from the mistakes that we have made.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran."
(Surah Al-Asr, ayat 1-3)

Arghh...memang banyak kerugian maa...huhu...hopefully next year (2013) will be great for me, my family, my friends, my agama Islam hashtags my saudara2 Islam n also for You..yeah!!

If dapat jodoh dalam 2013 pun cambest jugak..haha..bagi mengisi kekosongan dalam diri ini...puii..macam2 la..hehe...fokus dulu tuk bawak diri sendiri...if tak boleh nak bawak diri sendiri, mak bapak, adik2 n agama, camne nak bawak orang laen pulak..means pimpin la..huhu...still finding 'The One' and only one to be my Umi for my children in the future.huhu (bila la How I Met Your Mother nak habis..juz wondering)

Sambil karang post nie, sambil tu la dengar lagu Rapuh by Opick..maka dikesempatan yang ada ini, saya Muhammad Afiq bin Kamaludin nak mintak maap la pada sape2 je yang baca post nie..n ku pohon ampun padaMu atas segala dosaku...


"...Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta..."


Sekian


wish me luck for my final exam for my last semester of bachelor in accountancy