Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, April 15, 2021

Ramadan 1442 H - Coretan 3

 Assalamualaikum w.b.t.


Dulu aku pernah bekerja sambilan sebagai cleaner cabin kapal terbang di KLIA. Kerjanya ikut shift, kadang siang, kadang malam. Beberapa hari kerja, lepas tu off, lepas tu kerja lagi beberapa hari. Tugasnya mudah, kapal terbang landing, masuk bay, kita naik bersihkan tempat duduk, lap table, lap seat, vacuum lantai, pantry dan sebagainya. Apabila tiba bulan puasa, waktu siang memang tak boleh makan minum la. Bila nak masuk maghrib, selalu dapat coklat kurma daripada cabin crew, dan lebih best lagi, kalau terlajak murah rezeki, dapat la makan hidangan atas flight, nasi ke mee/spaghetti ke. Rasa sedap lain macam sebab daripada atas flight dan free. Hahaha.


Itu cerita shift yang jumpa waktu maghrib, ini nak cerita kalau kerja siang hari. Sebabkan kerja dalam lapangan tu tak ada la penguatkuasa agama, jadi nya ada segelintir Melayu Islam ni dengan slumber menayangkan ketidakpuasaan mereka. Ada yang rileks meneguk air, tak kurang juga yang rileks menghembus asap rokok di kawasan yang dibenarkan. Banyak alasan yang pernah ku dengar. Yang best nya macam Tak Bangun Sahur. Senang betul alasannya. Bersahur bukanlah syarat untuk berpuasa ye. Bersahur itu adalah perkara yang menjadi sunnah Rasulullah.


Daripada Anas r.a., beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat keberkatan". (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadikan bangun sahur di bulan Ramadan ini sebagai satu amalan harian, kalau makan lewat malam sebelum tidur tu panggilnya Supper tau, bukan sahur. Bangunlah sahur walau dengan seteguk air. Kalau ada kurma, lebih baik. Tu jela nak dicoretkan.


Sekian.




Wednesday, April 14, 2021

Ramadan 1442 H - Coretan 2

 Assalamualaikum w.b.t.


Setiap daripada kita pasti akan meletakkan suatu azam jika tibanya suatu musim yang baharu. Azam yang tinggi itu perlu ada. Namun beringatlah, jangan meroket tanpa payung terjun. Jangan mendaki tanpa kasut yang sesuai. Akibatnya nanti azamnya entah ke mana. Persoalkan diri untuk menuju ke puncak. Bukan hanya berangan di pagi hari dan masih berangan ketika bulan sudah di atas kepala.


Jika di bulan puasa kita nakkan itu ini, siapkan dengan strategi yang direkod, bukan hanya dengan catatan di benak otak, atau dengan ucapan yang hilang dihembus angin. Azam untuk jadi yang terbaik bukan kerana makhluk di sekeliling, atau entiti di balik kaca gajet, tetapi kerana tuhan di Arasy, Allah s.w.t.


Sekian.


Harapan Ramadan


Tuesday, April 13, 2021

Ramadan 1442 H - Coretan 1

 Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi ke bulan Ramadhan, bulan yang penuh rahmah juga barakah. Bulan yang dianggap sebagai bulan pesta ibadah, ganjaran pahala berlipat kali ganda, tertutup pintu neraka, dibuka seluas-luasnya pintu syurga. Bersyukurlah kita kerana masih dipilih untuk memakmurkan bulan yang penuh keberkatan ini. Manfaatkan setiap detik dan waktu dengan amal ibadah yang wajib mahupun sunat. Berpuasa dengan hati yang tenang dan penuh kesabaran. Tahan nafsu daripada berbuat perkara-perkara lagha. Hidupkan setiap malam dengan solat sunat terawih. Banyakkan sedekah dan bacaan Alquran. Inilah bulan diturunkan Alquran, makan raikanlah sebaiknya. Semoga kita sama-sama bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Lailatul Qadr.


Sekian.





Sunday, June 7, 2020

Kenangan Ramadhan Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t.


Ramadhan 2020 amatlah berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia secara amnya, dan Malaysia secara khususnya telah menjadikan berlakunya norma baharu dalam masyarakat.

Ramadhan yang dilalui begitu berbeza. Bulan yang dipenuhi rahmat dari Ilahi, ditutup serapat-rapatnya pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga. Amal ibadah dilipat gandakan ganjaran berbanding bulan-bulan yang lain.

Di tahun 2020, sepuluh hari pertama bagi hampir seluruh rakyat Malaysia hanyalah di rumah kerana masih dalam perintah kawalan pergerakan. Bersahur di rumah, berpuasa di rumah, berbuka di rumah, bahkan bersolat terawih juga di rumah.

Fenomena ini membuatkan kita pasti merindui suasana berterawih di masjid dan surau. Beriktikaf, mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran, bermoreh juga amatlah dirindui. Dalam kerinduan ini, adakah perkara dan amalan yang sama berlaku di rumah?

Sejujurnya bagi aku, inilah nikmat yang aku rasakan hilang dibulan Ramadhan kali ini. Despite of aktiviti yang boleh dilakukan secara online, seperti tadarus dan sesi tazkirah/usrah dalam pelbagai platform internet, tiada lagi masjid hoping, jamuan berbuka puasa bersama anak yatim dan majlis sumbangan kepada yang kurang berkemampuan.

Perkara ini berterusan hingga penghujung Ramadhan. Masa banyak dihabiskan beramal ibadah di rumah. Iman dibentuk dalam rumah, amal dibina dalam rumah, tak perlu keluar buat pertunjukan amal.

Dan Syawal pun tiba......
Adakah segala kezuhudan amal juga pembentukan iman diteruskan, istiqamahkah kita?

Sungguh aku rindu....Ramadhan yang dilalui begitu cepat meninggalkan kita. Semoga Kita berjumpa lagi di edisi 2021. Semoga pandemik Covid-19 cepat hilang. Agar sewaktu tibanya Ramadhan 2021, masjid tidak sunyi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin


❤️ Afiq & Nanie ❤️
1 Syawal 1441 Hijrah

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan bulan tarbiah diri

Assalamualaikum

Amacam perjalanan pembentukan diri kepada yang lebih baik di bulan Ramadhan ni? Progress makin baik ke, progress sedang2 ke, progress tak berapa nak baik ke? Tepuk dada tanya iman. Hehe..

Ubahlah rutin di bulan Ramadhan ini. Jadikan bulan ni bulan tuk tarbiah diri. Dekat dengan perkara baik, jauh daripada perkara mungkar.

"Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni."
(Riwayat Ibn Khuzaimah & Ibn Hibban) 

So guys, ape tunggu lagi, perbanyakkan amalan, minta keampunan, semoga kita semua dijauhi daripada azab api neraka. Kat bawah disertakan checklist buat semua. Thanks to Mouri, bagi dalam group wasep.. Hee... Semoga Ramadhan kali in lebih bermakna. 


Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Bulan Yang Suci... Yang Suci

Salam Ramadhan buat semua.

Semoga Ramadhan kali ini bertambah baik daripada edisi2 lepas. Awal2 mmg kuat kita beribadat. Semoga kekal hingga ke penamat. Jangan terkandas di tengah2. Rugi dan sia2, menyesal tak sudah.

Okay, nak bagi 1 amalan yang boleh diamalkan untuk Ramadhan ini, iaitu bagi makan (berbuka) kepada orang berpuasa. Simple untuk dipraktikkan.

Daripada Zaid Bin Khalid RA, daripada Nabi SAW sabdanya "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun"

Selamat menempuh bulan penuh barakah. Janganlah kita merugikan diri. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Sekian.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan, The Holy Month - Bulan Yang Dinanti

Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, sememangnya kita ternanti-nantikan akan kedatangan bulan ini. Ini kerana bulan ini merupakan salah satu pelengkap buat kita sebagai seorang Islam. Dalam rukun Islam yang ke empat dinyatakan bahawa wajib buat kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah Radiallahu'anhu, bahawa Rasulullah S.A.W memberi khabar gembira kepada para sahabat dengan bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga di buka, pintu-pintu Neraka di tutup dan para syaitan di ikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."
(Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)


Juga daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu."
(Hadith riwayat An-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Maka dengan itu, pesanan buat semua, prepare your mind, body and soul for this holy month. Perkukuhkanlah amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat. Pada awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sama2 kita pulun sehabis-habisan supaya dapat kita kecapi segala ganjaran yang di berikan sepanjang Ramadhan kali ini.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa"


Sekian 

Wednesday, July 3, 2013

Aku Yang Tertangguh - Ompek Satu Sonyum Lebar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam 2 Julai adalah second days aku menganggur..hahaha....sudah tidak bekerja di Pharmaniaga...lalu dengan itu mengambil keputusan untuk ke Stadium Shah Alam...Selangor vs T-Team yang berkesudahan Selangor menang 4-1..bak kata Waris dalam lagu Rembau Most Wanted,

♪ Ompek Satu Sonyum Lebar ♬

Hahaha...tapi Piala Liga Super tak dapat ke Shah Alam sebab Lions menang pulak lawan Felda..kire confirm dah la akhirnye....ini semua adalah suatu "Kemenangan Yang Tertangguh" bagi Selangor

Bila cakap pasal "Kemenangan Yang Tertangguh", lepas game tu aku pergi la ke Khulafa Bistro Sek 7, Shah Alam...tuk berjumpa sahabat2 lama time kat SMAPK dulu...diorang buat sesi beramah mesra mengeratkan silaturrahim yang sekian lama di bina..hahaha...atas usaha si Rasydan la nie..ada abang Hasbie join skali, senior merangkap naqib kat smap dulu...dan beliau jugak la penulis buku "Kemenangan Yang Tertangguh"


Tapi masa aku datang tu, abg Hasbie takda dah la..lewat pulak aku datang nye...diorang plan kul 9 mlm, time tu mmg aku dalam stadium la..so, yang tinggal hanye la Ajan, Kimal, Iky, Dan, Adam n Afif...macam Pale, Dayat n Kamil balik sudah...diorang pun nak balik dah sebenarnye tapi bley lak ngeteh mulaa sbb aku sampai...wahwahwah...lama tak lepak sembang2 nye pasal katekan

Bile lepak gitu, terase rindu plak ngn suasana dulu kala time skola menengah...baik sungguh aku time tu...sekarang jahat..haishhh....nak bulan puasa nie, harap dapat manfaatkan Ramadhan sehabis baek yang mungkin..kalau dulu, tiap2 hari mesti pegang n baca Al-quran...tapi sekarang.........

Need to muhasabah gile2 nie...huhu ☹

Harapnya kita berdoalah semoga Allah sentiasa memberikan jalan untuk kita berubah ke arah yang diredhai oleh Nya. Amin..janganlah kita ini tergolong dlm golongan "Aku Yang Tertangguh" drpd kebaikan dan keredhaan oleh Nya..Nauzubillah...kire akhir kata la tu tuk post nie ☺

Friday, July 20, 2012

Nak Puasa? Meh Ingat2 Jap....

Assalamualaikum w.b.t

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(Surah Al-Baqarah, ayat 183) 


Ramadhan datang lagi....so, moh le kite ulangkaji skit pasal ibadah yang diwajibkan kepada kita...yang merupakan salah satu daripada rukun Islam kita yang lima itu...iaitu berpuasa di bulan Ramadhan...

Puasa kalau ikut istilahnye bermaksud menahan diri daripada makan n minum serta perkara2 yang boleh membuatkan terbatalnya puasa mulai terbit fajar sampailah terbenam matahari disertakan dengan niat..

Ni antara perkara2 yang boleh membatalkan puasa...antara je tau..dah kalau terbatal puasa, jangan lupa nak ganti cepat2..jangan tunggu dah masuk bulan Syaaban baru nak start ganti..huhu...

  • makan or minum dgn sengaja di siang hari..walaupun dengan kadar yang sikit..macam yang ade kat celah2 gigi lps sahur tu, jaga2 la ye...hilangkan la sisa2 tu...
  • bersetubuh or kuar air mani dgn sengaja...kene ganti 2 bulan puasa straight if bersetubuh di siang hari tuk kaum lelaki...(betulkan jika silap)
  • kuar haid atau nifas...if tgh2 puasa n tibe2 datang haid pukul 7 pagi gitu ke kn, kire terbatal puasa tetapi kena terus act seperti berpuasa sampailah waktu berbuka...(betulkan jika silap)
  • masukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka..kalau berkumur tuk amik wuduk tu boleh tapi makruh..

Maka dengan itu, pastikanlah diri tu tahan ye..n jgn lupa yang niat tu penting..hindarkanlah diri dari perkara2 yang lagho..banyakkanlah amal..utamakan amalan2 wajib serta perbanyakkan amalan2 sunat..semoga kita diberkati dan dirahmati oleh Nya..Amin.



Ingat nie.... ^_^



Sekian.

(harap betulkan jika ada silap)

..ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapatku lalui dengan sempurna..