Assalamualaikum.
Alhamdulillah sekarang dah ada kerja. Masa hari Rabu lepas, lepas kerja celebrate la Tang a.k.a Jessie a.k.a my colleague yang last day kerjanye Jumaat. Dah habis memboyotkan diri, balik lah. dalam masa nak balik tu perasan yang kereta cam berat je. Petang tu Juju ada kata tayar belakang nampak macam takda angin. So benti la kat Shell yang Hotel Nouvelle sebelah highway KL-Seremban tu and memang tayar dah takda angin pun.
Bila cucuk nak masuk angin, meter tak gerak pun. Ini bermaksud tayar tak tertutup habis dan membawa maksud yang angin tak boleh nak terkumpul dalam tayar la. Hahaha. Dengan itu harusla tukar tayar ganti dah kalau nak balik rumah. Esok kerja lagi. Dah nak dekat pukul 11 malam pulak tu. Lalu bermula la sesi menukar tayar spare......sendiri tukar....FIRSTTIME pulak tu.
Dengan letih dan takda tenaganya, terpaksa tukar tayar sorang-sorang. Dah la skru tayar ketat gile. Duk tendang2, pijak henjut2, dapat la bukak 1 skru pada pukul 11.30 malam. Berehat jap, call Juju kata yang apa yang dia nampak tu betul, then terus kan sesi tendang pijak henjut sampai la dapat bukak skru yang kedua dan ketiga. Time tu tenaga dah takda, dengan perut yang fulltank, nak muntah je rasa. Mintak tolong ada 2 orang budak Shell yang baru masuk shif malam tuk tendang pijak henjut pun tak boleh jugak.
Dalam pukul 12 lebih tu Abah datang. Sebab dah bagitau yang tayar pancit kena tukar, so lambat sampai rumah la kan. Tengok2 Abah datang. Maka dengan itu, skru yang keempat tu Abah la yang bukak. Hahaha. Then aku jack kereta and tukar la tayar spare. Pukul 1 pagi lebih jugak la sampai rumah.
Kesimpulannya, ada benda yang tak diduga berlaku, redha dengan ketentuan-Nya, senyum dengan cabaran yang diberikan oleh-Nya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sekarang bilik sewa pun dah dapat, so dah tak payah nak ulang alik jauh la pasnie. Yeay!!!!
Sekian.
No comments:
Post a Comment