Saturday, November 2, 2013

Tragedi Akhir Oktober

Assalamualaikum w.b.t

Akhir Oktober means hujung2 Oktober la kan. Masa 30 dan 31 Oktober lepas, tah hape la jadi. Hati tak tenang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang, mungkin hari2 yang akan mendatangkan. Hurmmm... Percaya dengan ketentuan Allah, tabah dan senyum dengan dugaan Nya.. Peace Yoo!!!



30 Oktober 2013
Pagi2 patut bangun terus je sebab nak ke Shah Alam. Tapi sebabkan tidur pas subuh, jadi lewat la. Kan dah kata, tidur lepas Subuh mewarisi kepapaan. Rezeki tak masuk. So inilah yang terjadi. Dah terjaga balik tu, memang tergegas la bersiap dan terus ke Shah Alam. On the way tu, masa kat highway ada la batu tah datang dari jalan melantun kena cermin kereta. Tapi time tu cam takda pape. Sampai Stadium Shah Alam, nak dapatkan tiket. Test nasib je sebab ada kawan2 nak kan. Tapi tak dapat. Dalam masa 30minit, habis jual tiket Perlawanan Akhir Watson Piala Malaysia diantara Pahang lawan Kelantan kat Stadium Shah Alam. Ape kejadahnye 15 ribu tiket habis dalam masa 30minit, pukul 9pagi ke 9.30pagi. Takda rezeki kat situ. Pastu dapat tau yang status interview last week akan dapat tau Isnin depan,means 4 November. Haishhh... Ingat ke boleh start kerja dah. Takpe2.. Then bila balik kat kereta tengok cermin retak. Haduyai... Kesan daripada batu tadi. Dah la aku gi bawak kereta adik aku. Rileks2... Pas dah gi masjid, gi la ke Naza nak amik jersey madrid yang tempah kat Murni and balik ke rumah. And the Headband Project still tak nampak pape progress..

31 Oktober 2013
Petang gi amik adik kat MIAT. Pastu dia nak singgah la kedai percetakan yang boleh buat bunting banner sume tu. Aku pun tunggu dalam kereta. Dah dia masuk kereta balik, nak start enjin je tiba2 alarm kereta berbunyi. Menjerit la kat depan kedai tepi jalan. Yang ni kereta aku. Padahal dalam masa 10 bulan ni aku tak guna security tuk kereta pun. Means pakai manual je semua sebab problem dulu. Ahh sudah, tekan button dalam kerata tak boleh. So kena cabut bateri la. Dan sememangnya masalah bateri sebab katenye dah nak kong. Belum kong lagi tau. Huhu.. Tu pun setelah bapak aku dan ada member2 bapak aku datang tengok yang kebetulan lepak minum dekat2 situ. Bila pomen datang, memang bawak bateri baru dan dia betul kan wayar security and alarm la. So dah melayang duit dekat situ. Padahal duit tu plan tuk Headband Project. Haishh.. Nie mesti balasan sebab bila aku tengok orang mintak sedekah, orang buta jual tisu sambil nyanyi2 kat pasar dan orang mintak derma tu sume aku tak masukkan duit dalam tabung diorang. And nie mesti sebab aku tak uruskan duit yang diamanahkan kat aku dengan betul. And nie mesti sebab aku ada makan duit haram. And nie mesti sebab aku ada ambik duit orang lain. And nie mesti sebab selama nie aku tak pikir nak zakat. And nie mesti sebab aku tamak sangat. And nie mesti sebab2 yang lain yang tah hape lagi yang aku buat.. Haduyai.. Redho dengan ketentuannya. Allah lebih tahu. And the Headband Project still tak nampak pape progress..

Hanyalah ringkasan penceritaan daripada apa yang sebenarnya berlambak.....

Sekian

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

No comments:

Post a Comment