Saturday, December 31, 2011

Tuntut Ilmu - Dampingilah Yang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t.


Waktu dan ketika coretan ini adalah pada 31 Disember 2011. Apa yang nak diperkatakan bukanlah semua coretan sepanjang tahun 2011 yang kalau dilihat balik, banyak kenangan dan pengalaman yang berharga. Antaranya ialah pengalaman apabila berkenalan dengan kenalan baru, berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama dan peluang berinteraksi dengan mereka yang lebih hebat daripada kita.


Apa yang hendak difokuskan di sini ialah perasaan apabila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Masing-masing gembira dengan cerita tersendiri yang pastinya berlainan dengan cerita yang kita ada. Lagi menggembirakan apabila mereka sudah berada ditahap orang-orang yang bakal dan akan berjaya suatu hari nanti. Ilmunya makin tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang tidak seberapa. 


Untung rasanya ada rakan-rakan yang lebih ilmunya berbanding kita. Biar membawa kita ke jalan yang betul, tidak menyimpang ke sana ke sini tiada hala tuju. Baginda Rasulullah S.A.W. ada membuat perumpamaan yang menarik. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka bagi pembawa wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangian kepadamu atau mungkin kamu membeli daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangiannya. Manakala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau yang busuk"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawa seharusnya kita mendampingi mereka yang membawa kebaikan dan menghindari yang membawa keburukan. Bukan bermaksud mendampingi yang kaya raya kerana akan terpalit hartanya, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah pekerti mulia serta ilmu yang berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan yang singkat ini. Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dalam buku ada ilmu.
Kalau ada kawan kita yang lebih ilmunya, dampingilah mereka. Tetapi janganlah timbul perasaan tidak mahu mendampingi mereka yang kurang ilmunya pula. Bawa mereka bersama kita dengan menyebarkan ilmu yang kita ketahui. Beri mereka peluang untuk mendampingi 'kita' yang berilmu pula.

Akhir kata, ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.

Sekian.

mood: nak final exam.wish me luck :-)

Friday, November 11, 2011

Still Single..."Ade Aku Kesah?"



Assalamualaikum w.b.t



Pada 25.10.2011 yg lalu, Alhamdulillah, telah dipilih Allah, berpeluang utk mnghadiri satu majlis ilmu...ada talk yg disampaikan oleh Imam Muda Asyraf di auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka bertajuk "Indahnya Cinta Ke Syurga"...anjuran kelab Rakan Intelek.

Apa yg boleh disimpulkan...nice talk...byk input best yg kalau difikir2kn balik, mmg betul la apa yg diperkatakan oleh Ustaz Asyraf dlm talk tu...dan berbalik kpd apa yg dah tulis kat tajuk tu..."still single"...hehe...rileks r kan..buat apa nak couple2 nie...lain la kalau couple tu mmbawa ke jinjang pelamin...mmg nice r...mmbina masjid bak kata org kita.

Still Single..."Ade Aku Kesah?" sebab apa kata mcm tu?? sbb kalau diperhatikan, bnda2 couple nie sememang nya boleh mmbawa ke arah ZINA...hurm.....zina pun ada byk jenis tu...hoho....nmpk mcm kejam la plak...ok la, bg mententeramkan keadaan, cuba hayati ayat Al-Quran nie:


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan buruk"
(Surah Al-Isra' ayat 32) 


Take note, "Jangan hampir"...sebagai peringatan, salah satu prkara yg boleh mmbawa ke arah perzinaan di zaman skrg nie adalah bercouple2...bukannye semua xtau yg byk brlaku kes buang bayi skrg nie kerana lelaki dan perempuan yg x kawin lg tapi dah trlanjur melakukan perzinaan...x kan la main trlanjur gitu je kan...mesti r ade brcouple2 dulu...dah ada hasil, buang je...lagi satu hal, yg jenis x trlanjur tapi juz main pegang2 tangan..xpun main pegang2 sana, pegang2 sini, peluk2 sana, peluk2 sini...sodap2 je kau kan...bukan muhrim tu...huhu...peringatan utk diri sendiri dan semua.


Betul tu...
Haram bercouple tuk budak2 n remaja2 sekolah, kata Imam Muda Asyraf...betul gak tu...waktu tu pelajaran la yg paling penting...x kan la gatal sgt nak kawin...haha!! tapi bagi usia 20an nie, boleh la....sbb time nie mmg dalam usia nak kawin...entah...ikut individu la....kalau dah niat nak kawin, bagus la...boleh dihalalkan perkara2 yg haram tu dgn ikatan pernikahan yang sah..huhu.....x salah nak bercouple tapi biarlah betul tujuannya utk nikah...dan jgn la nak couple lame2 sgt (Ustaz Asyraf pesan)...lebih molek jumpe parent dulu...kira nye mmg niat nak kawin la..huhu...sememangnya kita hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukan....so, rancanglah bnde2 yg Allah suka...Insyaallah dipermudahkan bagi kita untuk melaksanakan apa yg telah dirancangkan...skali lg peringatan utk diri sendiri dan semua.

Akhir sekali, maaf jika coretan ini ada mgguris mana2 pihak...maaf juga jika ada salah silap tentang coretan nie...semoga kita sentiasa saling ingat mengingati antara sesama kita.

Bak kata Sohaimi Mior Hassan juga Ana Raffali
"...kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama..."


Sekian

Thursday, May 5, 2011

Menjaga Di Tepi Kain Atau Di Dalam Kain?

Assalamualaikum W.B.T
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui "
(Surah An-Nur ayat 19) 

Membuka keaiban orang lain sememangnya salah dalam agama Islam...kalaulah nak diikutkan, banyak betul kes orang buka aib orang lain zaman sekarang nie...kenapa ye?? sebab terlebih jaga tepi kain orangkah?? oh silap-silap...bukan menjaga tepi kain orang, tapi dah menjaga dalam kain tu nama nya...Hahaha!!! 

Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak salah kalau nak menjaga tepi kain orang...asalkan biarlah kena dengan caranya.


Mengambil satu contoh kes yang berlaku, berkenaan dengan video skandal seks ketua pembangkang...diingatkan di sini bahawa, bukanlah kebenaran video tersebut yang nak dicakapkan...atau bukanlah bertujuan untuk menentukan siapa benar siapa salah tujuan segala benda ini ditulis.

Tetapi tujuan sebenar adalah untuk membuat semua pembaca berfikir sejenak, bukankah cara atau tindakan ini merupakan salah satu gaya pengaiban terhadap orang lain...maaf jika berkaitan dengan perkara sensitif or something like that, ini hanyalah perkara yang terlintas dalam fikiran si penulis.

Dahulu di sekolah, ustaz dan ustazah ada berpesan, "tak elok kita dedah aib orang, kelak nanti aib sendiri yang terdedah...kalau bukan di dunia sekalipun, akhirat dipertontonkan jugak".

Tapi kalaulah kita tau akan sesuatu keaiban tu, macam mana nak buat ye?? lagi2 kalau benda tu dah sah2 salah dan berdosa pulak...macam mane ye?? dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat"

Hurmm....Alhamdulillah..tapi tak menjawab soalan lagi nie...cuba baca hadith ni pulak...daripada Abu Said Al-Khudri R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ditegur dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka tegurlah dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu maka tegurlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith riwayat Muslim)

Tapi kalau nak menegur tu, biarlah kena dengan caranya...biarlah penuh berhikmah...tidak mengganggu sensitiviti orang tu, menjatuhkan maruahnya serta keluarganya dan lain2 hal lagi yang perlu diambil kira.

Akhir kata, daripada kita menjaga tepi atau dalam kain orang lain, lebih baik kita menjaga dalam dan luar kain kita...Jika baik penjagaan dalamnya, maka baik jugalah keadaan luarannya...Renung-renungkanlah~~

Sekian

Wednesday, February 2, 2011

Men'privacy'kan Apa Yang Sebenarnya Tak Privacy

Salam


Semua org hendak kn PRIVACY.... privacy utk diri, privacy utk ape yg dilakukan, privacy utk hidup. mcm artis la. bagi contoh mudah. artis2 mahukan privacy utk segala aktiviti yg mereka lakukan. kire tak nak la ade paparazi a.k.a wartawan or 'kipas susah mati' or sape2 je ikut dorg je sepanjang waktu.. kalau org2 biase mcm kite nie, ape privacy yg kite nak ye?? mungkin la nak privacy dlm facebook ke.. haha!! entahla labu...
Privacy kah facebook?
Mcm negara Mesir yg tgh bergolak sekarang... presiden nye si Hosni Mubarak tu bajet nak privacy la dgn sekat or tak nak maklumat ape yg berlaku kat negara die tersebar pada umum iaitu masyarakat dunia. hahaha... lawak sungguh di situ...mcm boleh masuk Raja Lawak je. (best plak layan Raja Lawak musim ke-5 nie..huhu..) tp mmg tak dapat la kan. dah cmfirm2 rmai manusia dari negara asing duk negara die. org yg bekerja kat situ la, orang yg belajar kat situ la, org yg melancong kat situ la. mmg tak dpt la nak menyembunyi lagi mem'privacy'kan hal2 yg berlaku kt sana. dgn pemberontakan yg berlaku dek kerana pemerintahan kejamnye, hasil inspirasi daripada ape yg berlaku kat Tunisia, mmg satu dunia tahu perkara yg berlaku... so, takde nak privacy sgt la dalam hal tu. huhu...
(maaf kalau ade informasi yg salah)


So, ape privacy tu sebenarnye?? saje je gune english word tuk privacy. actually, tak perlu la di jawab privacy tu ape... boleh je bukak kamus kalu nak tau. hehe...




Nie ade lagi satu isu pasal privacy... isu yg rmai dikalangan kite (termasuk aku jugak la),yakni rakyat Malaysia, mendapat emel daripada our prime minister iaitu Dato' Sri Najib.... dapat emel pasal wish Happy Chinese New Year. rmai jgk la yg tertanye2 mcm mane la boleh dpt emel n anta wish tu. alahai.... senang jawab... facebook kn ade. haha!! so, jgn la ingat ape yg dah di'privacy'kan dekat facebook tu benar2 mnjadi privacy.


Persoalannye sekarang, berapa banyak ke'privacy'an kite yg masih tinggal?? berapa banyak pulak ke'privacy'an kite yang dah tak jadi privacy?? harapnye dapat la di fikir2 kan ye... mcm ade kes, dgn facebook nye pasal pun boleh bercerai skg nie. sbb ape?? sbb abis terdedah semua bnde yg tak sepatutnye terdedah... so, privacy kah itu?? huhu....


Akhir kalam, pandai2 la menjaga ape yang sepatutnya dijaga...:-)


Sekian

Saturday, January 15, 2011

Tolong Ingatkan Aku.

Salam


Seperti menjadi kelaziman bagi setiap tahun pastinya kebanyakan kita ataupun kebanyakan daripada masyarakat Malaysia akan tertunggu2 untuk acara yang dinamakan 'Anugerah Juara Lagu'. dan seperti sedia maklum bahawa baru2 nie, pemenang bagi anugerah tersebut yang mencapai usia Jubli Peraknya ialah seorang gadis jelita yang bernama Ana Raffali. tak kisahlah siapa yang menang atau kontroversi mengenai kemenangan Ana ke apa kan, yang penting tajuk lagu Ana tu dah jadi tajuk tuk tulisan blog kali ini.....haha!!! (suka Afeeq Raheem bila Ana menang)


Tolong ingatkan aku, kisah kau tersedar, dengan kasih memeluk masa....... kita sesama Muslim sememangnya di tuntut untuk mengingatkan antara satu sama lain. kerana apa?? kerana kita sesama Muslim adalah bersaudara. hurm....saudara apa?? kita bukanlah daripada satu emak atau bapa, bukanlah satu datuk atau nenek, tetapi kita bersaudara kerana kita berada dalam satu agama...agama apa?? sudah tentulah agama Islam...:-)


Sebagai ingatan, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Barang siapa yang percaya kepada Allah dan Hari Kiamat mestilah mengekalkan hubungan baik dengan saudaranya"
(Al-Bukhari dan Muslim)
 Rasulullah s.a.w bersabda lagi,
"Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya"
(Al-Bukhari)

Ini jelas menunjukkan bahawa kita sesama masyarakat Islam seharusnya mengekalkan hubungan baik antara kita...bagaimana?? kalau ada silap salah tu,tegur la kan....mcm mana nak tegur?? orang zaman sekarang nie degil2 blake...semua nye jenis 'kepala batu'....payah nak terima teguran...keras sangat kepala tu sampai ingat kn yang die sorang je betul kat dunia nie..
Astaghfirullah al azim............
Kepala Batu??
Then, di sebut lagi bahawa tak beriman kita kalau kita tak mengasihi sesama kita seperti mane kita mengasihi diri kita sendiri...huhu...kalau nak difikirkan zaman sekarang nie, mmg agak menyedihkan jugak lah....ada je kisah2 yang menunjukkan sesama umat Islam pun payah beno nak menolong antara satu sama lain....bukan nak cakap kat org la...tapi diri nie sendiri pun terasa lemah je iman nye....sebab apa?? sebab takde usaha sgt nak menolong sesama Muslim....nie menunjukkan yang diri nie sendiri tak kasih dan syg macam mane diri nie kasih dan syg dirinya sendiri....huhu....insaf2~~


Point nye sekarang ialah marilah sama2 kita semua saling mengingatilah sesama kita ye...kita semua bukanlah perfect pun....setiap org ade buat salah....so kalau dah salah tu ape lagi, tegur2 la.....tegur pun, biarlah kena dgn caranya....biarlah baik caranya...biarlah berhikmah....tapi ada jugak org cakap yang zaman sekarang nie tak main dah nak tegur cara2 baik nie...kena cara kasar jugak...baru jadi...hahaha!!! ape2 la....asalkan sampai maksud nya tanpa menyinggung perasaan sesiapa, kira ok la kan.


Akhir kata, hayatilah hadith ini.........
"Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi siapa sahaja yang ada di langit"
(At-Thabrani dan Al-Hakim) 

Ingat ye, bak kata Ana Raffali, "tolong ingatkan aku............." 
Sekian