Sunday, June 7, 2020

Kenangan Ramadhan Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t.


Ramadhan 2020 amatlah berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia secara amnya, dan Malaysia secara khususnya telah menjadikan berlakunya norma baharu dalam masyarakat.

Ramadhan yang dilalui begitu berbeza. Bulan yang dipenuhi rahmat dari Ilahi, ditutup serapat-rapatnya pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga. Amal ibadah dilipat gandakan ganjaran berbanding bulan-bulan yang lain.

Di tahun 2020, sepuluh hari pertama bagi hampir seluruh rakyat Malaysia hanyalah di rumah kerana masih dalam perintah kawalan pergerakan. Bersahur di rumah, berpuasa di rumah, berbuka di rumah, bahkan bersolat terawih juga di rumah.

Fenomena ini membuatkan kita pasti merindui suasana berterawih di masjid dan surau. Beriktikaf, mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran, bermoreh juga amatlah dirindui. Dalam kerinduan ini, adakah perkara dan amalan yang sama berlaku di rumah?

Sejujurnya bagi aku, inilah nikmat yang aku rasakan hilang dibulan Ramadhan kali ini. Despite of aktiviti yang boleh dilakukan secara online, seperti tadarus dan sesi tazkirah/usrah dalam pelbagai platform internet, tiada lagi masjid hoping, jamuan berbuka puasa bersama anak yatim dan majlis sumbangan kepada yang kurang berkemampuan.

Perkara ini berterusan hingga penghujung Ramadhan. Masa banyak dihabiskan beramal ibadah di rumah. Iman dibentuk dalam rumah, amal dibina dalam rumah, tak perlu keluar buat pertunjukan amal.

Dan Syawal pun tiba......
Adakah segala kezuhudan amal juga pembentukan iman diteruskan, istiqamahkah kita?

Sungguh aku rindu....Ramadhan yang dilalui begitu cepat meninggalkan kita. Semoga Kita berjumpa lagi di edisi 2021. Semoga pandemik Covid-19 cepat hilang. Agar sewaktu tibanya Ramadhan 2021, masjid tidak sunyi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin


❤️ Afiq & Nanie ❤️
1 Syawal 1441 Hijrah

No comments:

Post a Comment