Saturday, January 15, 2011

Tolong Ingatkan Aku.

Salam


Seperti menjadi kelaziman bagi setiap tahun pastinya kebanyakan kita ataupun kebanyakan daripada masyarakat Malaysia akan tertunggu2 untuk acara yang dinamakan 'Anugerah Juara Lagu'. dan seperti sedia maklum bahawa baru2 nie, pemenang bagi anugerah tersebut yang mencapai usia Jubli Peraknya ialah seorang gadis jelita yang bernama Ana Raffali. tak kisahlah siapa yang menang atau kontroversi mengenai kemenangan Ana ke apa kan, yang penting tajuk lagu Ana tu dah jadi tajuk tuk tulisan blog kali ini.....haha!!! (suka Afeeq Raheem bila Ana menang)


Tolong ingatkan aku, kisah kau tersedar, dengan kasih memeluk masa....... kita sesama Muslim sememangnya di tuntut untuk mengingatkan antara satu sama lain. kerana apa?? kerana kita sesama Muslim adalah bersaudara. hurm....saudara apa?? kita bukanlah daripada satu emak atau bapa, bukanlah satu datuk atau nenek, tetapi kita bersaudara kerana kita berada dalam satu agama...agama apa?? sudah tentulah agama Islam...:-)


Sebagai ingatan, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Barang siapa yang percaya kepada Allah dan Hari Kiamat mestilah mengekalkan hubungan baik dengan saudaranya"
(Al-Bukhari dan Muslim)
 Rasulullah s.a.w bersabda lagi,
"Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya"
(Al-Bukhari)

Ini jelas menunjukkan bahawa kita sesama masyarakat Islam seharusnya mengekalkan hubungan baik antara kita...bagaimana?? kalau ada silap salah tu,tegur la kan....mcm mana nak tegur?? orang zaman sekarang nie degil2 blake...semua nye jenis 'kepala batu'....payah nak terima teguran...keras sangat kepala tu sampai ingat kn yang die sorang je betul kat dunia nie..
Astaghfirullah al azim............
Kepala Batu??
Then, di sebut lagi bahawa tak beriman kita kalau kita tak mengasihi sesama kita seperti mane kita mengasihi diri kita sendiri...huhu...kalau nak difikirkan zaman sekarang nie, mmg agak menyedihkan jugak lah....ada je kisah2 yang menunjukkan sesama umat Islam pun payah beno nak menolong antara satu sama lain....bukan nak cakap kat org la...tapi diri nie sendiri pun terasa lemah je iman nye....sebab apa?? sebab takde usaha sgt nak menolong sesama Muslim....nie menunjukkan yang diri nie sendiri tak kasih dan syg macam mane diri nie kasih dan syg dirinya sendiri....huhu....insaf2~~


Point nye sekarang ialah marilah sama2 kita semua saling mengingatilah sesama kita ye...kita semua bukanlah perfect pun....setiap org ade buat salah....so kalau dah salah tu ape lagi, tegur2 la.....tegur pun, biarlah kena dgn caranya....biarlah baik caranya...biarlah berhikmah....tapi ada jugak org cakap yang zaman sekarang nie tak main dah nak tegur cara2 baik nie...kena cara kasar jugak...baru jadi...hahaha!!! ape2 la....asalkan sampai maksud nya tanpa menyinggung perasaan sesiapa, kira ok la kan.


Akhir kata, hayatilah hadith ini.........
"Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi siapa sahaja yang ada di langit"
(At-Thabrani dan Al-Hakim) 

Ingat ye, bak kata Ana Raffali, "tolong ingatkan aku............." 
Sekian