Thursday, May 5, 2011

Menjaga Di Tepi Kain Atau Di Dalam Kain?

Assalamualaikum W.B.T
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui "
(Surah An-Nur ayat 19) 

Membuka keaiban orang lain sememangnya salah dalam agama Islam...kalaulah nak diikutkan, banyak betul kes orang buka aib orang lain zaman sekarang nie...kenapa ye?? sebab terlebih jaga tepi kain orangkah?? oh silap-silap...bukan menjaga tepi kain orang, tapi dah menjaga dalam kain tu nama nya...Hahaha!!! 

Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak salah kalau nak menjaga tepi kain orang...asalkan biarlah kena dengan caranya.


Mengambil satu contoh kes yang berlaku, berkenaan dengan video skandal seks ketua pembangkang...diingatkan di sini bahawa, bukanlah kebenaran video tersebut yang nak dicakapkan...atau bukanlah bertujuan untuk menentukan siapa benar siapa salah tujuan segala benda ini ditulis.

Tetapi tujuan sebenar adalah untuk membuat semua pembaca berfikir sejenak, bukankah cara atau tindakan ini merupakan salah satu gaya pengaiban terhadap orang lain...maaf jika berkaitan dengan perkara sensitif or something like that, ini hanyalah perkara yang terlintas dalam fikiran si penulis.

Dahulu di sekolah, ustaz dan ustazah ada berpesan, "tak elok kita dedah aib orang, kelak nanti aib sendiri yang terdedah...kalau bukan di dunia sekalipun, akhirat dipertontonkan jugak".

Tapi kalaulah kita tau akan sesuatu keaiban tu, macam mana nak buat ye?? lagi2 kalau benda tu dah sah2 salah dan berdosa pulak...macam mane ye?? dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat"

Hurmm....Alhamdulillah..tapi tak menjawab soalan lagi nie...cuba baca hadith ni pulak...daripada Abu Said Al-Khudri R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ditegur dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka tegurlah dengan lisan (kata-kata), jika tidak mampu maka tegurlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith riwayat Muslim)

Tapi kalau nak menegur tu, biarlah kena dengan caranya...biarlah penuh berhikmah...tidak mengganggu sensitiviti orang tu, menjatuhkan maruahnya serta keluarganya dan lain2 hal lagi yang perlu diambil kira.

Akhir kata, daripada kita menjaga tepi atau dalam kain orang lain, lebih baik kita menjaga dalam dan luar kain kita...Jika baik penjagaan dalamnya, maka baik jugalah keadaan luarannya...Renung-renungkanlah~~

Sekian