Saturday, December 31, 2011

Tuntut Ilmu - Dampingilah Yang Berilmu

Assalamualaikum w.b.t.


Waktu dan ketika coretan ini adalah pada 31 Disember 2011. Apa yang nak diperkatakan bukanlah semua coretan sepanjang tahun 2011 yang kalau dilihat balik, banyak kenangan dan pengalaman yang berharga. Antaranya ialah pengalaman apabila berkenalan dengan kenalan baru, berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama dan peluang berinteraksi dengan mereka yang lebih hebat daripada kita.


Apa yang hendak difokuskan di sini ialah perasaan apabila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Masing-masing gembira dengan cerita tersendiri yang pastinya berlainan dengan cerita yang kita ada. Lagi menggembirakan apabila mereka sudah berada ditahap orang-orang yang bakal dan akan berjaya suatu hari nanti. Ilmunya makin tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang tidak seberapa. 


Untung rasanya ada rakan-rakan yang lebih ilmunya berbanding kita. Biar membawa kita ke jalan yang betul, tidak menyimpang ke sana ke sini tiada hala tuju. Baginda Rasulullah S.A.W. ada membuat perumpamaan yang menarik. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang jahat ialah ibarat pembawa wangi-wangian dan tukang besi. Maka bagi pembawa wangian, dia mungkin akan memberikan sedikit wangian kepadamu atau mungkin kamu membeli daripadanya atau sekurang-kurangnya kamu dapat mencium bau yang harum dari wangiannya. Manakala bagi tukang besi pula, dia mungkin akan membakar bajumu atau kamu mungkin akan mencium daripadanya bau yang busuk"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawa seharusnya kita mendampingi mereka yang membawa kebaikan dan menghindari yang membawa keburukan. Bukan bermaksud mendampingi yang kaya raya kerana akan terpalit hartanya, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah pekerti mulia serta ilmu yang berguna untuk kita amalkan dalam kehidupan yang singkat ini. Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Dalam buku ada ilmu.
Kalau ada kawan kita yang lebih ilmunya, dampingilah mereka. Tetapi janganlah timbul perasaan tidak mahu mendampingi mereka yang kurang ilmunya pula. Bawa mereka bersama kita dengan menyebarkan ilmu yang kita ketahui. Beri mereka peluang untuk mendampingi 'kita' yang berilmu pula.

Akhir kata, ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.

Sekian.

mood: nak final exam.wish me luck :-)