Saturday, June 16, 2012

Ayat Seribu Dinar - True Story of Mine

Assalamualaikum w.b.t


Sabtu, 9 haribulan Jun 2012, aku ke Melaka, lebih specific ke UiTM Melaka kampus Alor Gajah tuk join main bola tampar..wakil my accountancy faculty nye club, MEBA..alhamdulillah dapat naib johan..hihi...after that tournmnt, trus la ke Bandaraya Melaka..sebab ada member tumpang nak ke sana n memang nak jumpe dengan member kat bandar pun...bile keluar dgn member yg kat bandar nie la terjadinya kisah pasal ayat 2 dan 3 Surah At-Talaq a.k.a. ayat seribu dinar yang nak diceritakan nie...

Plan nye untuk keluar minum or makan..so pusing la cari tempat..sebabkan Melaka banyak sgt kereta nye akibat penangan sabtu ahad penghujung cuti sekolah n adanye Pesta Sungai Melaka (kalau tak silap), maka gi la tempat yang dah biase lepak tuk makan iaitu kat Restoran Asam Pedas Claypot di Kota Laksamana..sape2 yang tau tempat tu memang tau la nak parking agak payah bila dah ramai sgt yang nak makan kat situ..so kitorang nie pusing2 la nak parking yang betul2 depan kedai, boleh nampak kereta sebab tingkap belah co-driver stuck..dah turun takleh naik..(bende nak jadi)

1st time lalu ada nmpak kosong tapi tak masuk parking tu..bile pusing balik dah terlepas, ada kereta masuk...2nd time lalu memang full..takde parking yg betul2 depan kedai..then pusing lagi 3rd time tuk cari parking...masih takde...pastu lalu la depan Restoran Pak Putra dulu..tak puas hati nye pasal, pegi balik cari parking betul2 depan kedai..sebelum nak masuk lorong tu member kat sebelah bagitau..anak buah dia selalu baca ayat seribu dinar kalau tgh2 nak cari parking..tak semena2 aku pun bace la...
Betul2 bila masuk je lorong tu, ada kereta nak kuar...n parking nye memang betul2 depan kedai asam pedas tu...Subhanallah...dgn izin Nya, dapat apa yg diinginkan...Alhamdulillah detik hati..betul2 Allah nak tunjuk, terus terjadi kesannya..besar sungguh kelebihan ayat ini...yang biase diamalkan oleh sesetengah orang dengan tujuan untuk mendapat kemurahan rezeki dan keluar dari masalah yang dihadapi.....
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan ingatlah, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaq, ayat 2 dan 3) 

Sekian.

terima kasih kawan-kawan yang bermain bersama, yang memberi bersama, yang menemani bersama, yang bertemu bersama, tidak kira lama mahupun seketika, di dalam mahupun di luar kereta..hihi..terima kasih
Alhamdulillah ^_^

Saturday, June 2, 2012

:: Rahsia Peribadi Mengikut Bulan Kelahiran - JUN ::

Assalamualaikum w.b.t.

Just nak sharing something..bila bosan2 surf internet, apa lagi, men google2 la..coz im not the youtube person..haha!! Oh My English...hehe..kadang2 jela..


Ini dia..kepada sesiapa yang lahir pada bulan Jun, sila baca ni...sumber nya, blog2 lain..Dr. Fazilah Kamsah yang habaq mai benda nie..hehe...baca2...
  • berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai yang lemah lembut
  • mudah berubah sikap
  • idea yang terlalu banyak di kepala
  • bersikap sensitif
  • otak yang aktif (sentiasa berfikir)
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • bersikap suka menangguh-nangguh
  • bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak yang cerdas berangan-angan
  • mudah berkawan dan pandai berkawan
  • seorang yang tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah dijangkiti selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • sikap terlalu memilih dan cerewet
  • kurang mempamerkan perasaan
  • bila terluka hati, lambat nak sembuh
  • mudah menjadi eksekutif
  • suka kepada barang yang berjenama
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • sesiapa yang memuji dianggap musuh, sesiapa yang menegur dianggap kawan
Semestinya bukan semua keperibadian ini diwarisi oleh mereka yg lahir pada bulan Jun. tapi kebanyakannya mesti ada..so, mana yg elok, teruskan la...yg kurang elok, perbaiki jd elok ye..
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."
(Surah Ar-Ra'd, ayat 11) 

Sekian.


selamat hari lahir, selamat panjang umur murah rezeki, selamat bertambah keimanan, semoga dirahmati diredhai dikasihi dan dicucuri rahmat oleh Nya, diucapkan kepada saudara-saudari muslimin-muslimat sekalian...Allah selamatkan kamu semua...
************** 
^_^