Thursday, August 29, 2013

Geng Kongsi Gelap


Assalamualaikum


Tadi Kementrian Dalam Negeri (KDN) dah keluarkan senarai pertubuhan kongsi gelap kat Malaysia nie...Jumlah ahli lebih daripada empat puluh ribu orang tu...4 0 0 0 0 lebih orang ye...Wow...Teringat time dulu2 ngn membe maen2 dgn nama "double 7" la "tiga line" la...Hehehe...Dah2 takyah cakap banyak, nie senarai geng2 tu...Harap korang nye kumpulan takda dalam senarai la ye... ☺

  1. Geng 04
  2. Geng 08
  3. Double 7
  4. Tiga Line
  5. Geng 30
  6. Geng 38
  7. Geng 24
  8. Geng 18
  9. Geng 36
  10. Geng 21
  11. Ang Soon Thong
  12. Wah Kee
  13. Sio Sam Ong
  14. PNEH
  15. Hong Hong San
  16. Hai San
  17. Siang Ang Bin
  18. New Cell 20
  19. Jit It Hai
  20. Sio Koon Tong
  21. Gee Lam Kor
  22. Gee Leng Hor
  23. Koh Kuan
  24. Tiang Yee Tong
  25. Geng Heng Lor
  26. Geng 35
  27. Geng 303
  28. Geng Satu Hati
  29. ATAP
  30. Hung Ann
  31. Sui Yuk
  32. Otai
  33. Borneo Red EMP
  34. Ah Ngau
  35. Batu Tiga
  36. Ah Feng
  37. Batu 10
  38. Sibu Ti
  39. Ah Seng
  40. Ah Chin
  41. Lee Lung
  42. Ki Gab
  43. Sg Merah
  44. Sg Badut
  45. Ting Ching Lee
  46. Tua Cak Lee
  47. Teksi Station
  48. Pintu
  49. Krokop

Jadilah Orang Baik



Sekian


Beraya Selepas Raya


Assalamualaikum


Amacam Syawal tahun nie? Banyak dapat jemputan open house? Banyak pergi open house? Makan, makan dan makan....Puasa sunat enam hari dah habis tunai ke belum? Ada lagi masa kalau belum habis..Kalau dah habis, Alhamdulillah, tahniah diucapkan......


Bila habis seseorang tu puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, istilah yang selalau digunakan oleh orang Melayu ialah "beraya"..Hihi...Kalaulah orang tu dapat sempurnakan pada hari last Syawal, maknanya tak sempat beraya la..Dan kalau tak dapat lunaskan enam hari puasa sunat macam mana pulak? Tak beraya la tu kan..Hahaha!!!


Saja je nak tulis2...Bila semua sibuk nak menghabiskan puasa sunat nya...Biasalahkan bila minggu2 last nie memang ramai pulun la...Sebab awal2 sibuk beraya...Sedangkan beraya sebenar yang mereka akan sebutkan belum terlunas...Hihi...Okay esok open house tanpa risau dan memikirkan kerja...

Jom kita beraya ☺




Sekian





mood playlist pasang satu lagu dan mengulang-ulang je lagu itu





Friday, August 23, 2013

Kalau Aku Kaya Hari Hari Hari Raya


Assalamualaikum


Sekarang nie masih dalam mood hari raya ke?? boleh la kan..sebab Sabtu Ahad nie orang still buat open house..raya sebulan kan..maka dengan itu diucapkan..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



buat semua yang sudi membaca...dan tak lupa jugak...


MAAF ZAHIR DAN BATIN


hehe...dah hari ke berapa belas baru nak ucap raya kat blog nie..haish.."Better Late Than Never"..hihi..cakap pasal late2 nie,aku memang dah late sgt la kot...sekarang nie duk menganggur kat rumah..member2 lain semua kerja blake dah..hahaha...afiq2~~


Dah kalau menganggur,macam mana nak ada duit banyak nie afiq oii? nak bayar kereta la, PTPTN la...dalam bank pun bukan nye ada duit banyak pun..nak tulis cheque selamber sume...macam Altimet cakap tu...


♪....Tulis cek selamba tak risau batal..masuk dalam bank semua melopong dalam akaun ada banyak kosong kosong kosong kosong kosong....♪


Haish...rileks2...rezeki tu kan hak dan milik Allah yang tentukan..kita nie usaha la..kan Nabi kata, beribadah macam esok nak mati, kerja macam hidup seribu tahun lagi...maka dengan itu,silalah bertenang dan berusaha mencari kerja..hahaha..gitu plak


Takpe, ada masa duk rumah nie, habiskan dulu puasa 6 yang jadi tuntutan Nabi tu...dah kata umat Muhammad, hamba Allah...hihi..




Kire next week dapat la habiskan 6 hari nie..sikit je lagi...macam biasa la kan..Sabtu Ahad off..ada je jemputan makan..hehe...dan kat sini nak cakap yang tahun nie beraya feeling Aaron Aziz (sebab baju melayu Aaron) n lagi satu beraya lebih sikit negeri nya...errr haha...macam mana tu??


Tunjuk cover je ke...motif?


Mula2 kat Kedah la kan...kat kampung...pastu Selangor, Kuala Lumpur n Negeri Sembilan confirm laa...dah duduk sini...yang best tahun nie sebab dapat beraya kat Pahang n Terengganu.. 


Ok la...nak ucap selamat mendoakan keamanan dan kemenangan buat Islam di Mesir, Syria dan seluruh pelusuk dunia ini..dalam menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-56 nie...........eh jap...merdeka nanti buat entry lain laa...boleh selit orang tu..hihi


Last2...best layan lagu Altimet feat. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya...ada unsur positif yang memang bagus sebagus2 nya daripada lagu2 jiwang yang tah pape lagi takda kepositifan langsung... 



Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama



Pray for Egypt, Pray for Syria, Pray for Palestin, Pray for Rohingya... Qunut Nazilah, bacalah ia 


Sekian 

Monday, August 19, 2013

Pesanan Untuk Wanita a.k.a Isteri, Lelaki a.k.a Suami Sila Bertanggungjawab - Mood Kawan-Kawan Kahwin




Terimalah hasil saya yang sekadar tahu meng'copy' 'paste' daripada sumber lain



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”




Ibnu Abas r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda: 
“Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempersolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.”




Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: 
Empat jenis wanita yang berada di surga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di surga adalah:
  1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
  2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
  3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
  4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar).
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah:
  1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
  2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
  3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
  4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.




“Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 
“Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)




Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab: "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Riwayat Muslim)




Sabda Rasulullah saw: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum berasa berpuas hati dan berasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)




Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya"




semoga kelak dapatku memikul tanggungjawab agar isteriku dan zuriatku bukan dalam golongan yang dimurkai