Tuesday, December 31, 2013

Aku Mula 2013

Tahun dua ribu tiga belas.......

Aku mula habis belajar

Aku mula kena bayar duit kereta

Aku mula pergi temuduga kerja

Aku mula bekerja

Aku mula niaga berlesen

Aku mula bergantung dengan duit kerja

Aku mula bayar insuran kereta

Aku mula bayar cukai jalan kereta

Aku mula jadi auditor

Aku mula cuti-cuti malaysia

Aku mula mengundi dalam pilihanraya

Aku mula berdemonstrasi

Aku mula selalu nak pergi stadium

Aku mula sibuk je nak bergambar dengan pemain bola

Aku mula beronline banking

Aku mula berYES

Aku mula teringat kisah lama

Yang aku mula-mula tak tahu nak buat apa......

Aku,
Muhammad Afiq bin Kamaludin



Thursday, December 19, 2013

Camane Aku Jumpe Mak Korang (Update - s09e013)



Kids, this is the story of  How I Met Your Mother......




Hahaha...comedy tv series yang dah masuk season 9,last season sudah...ape lagi,jom simpan cerita nie dalam pc,lappy,harddisk or pendrive dan tengok puas2...sebab kan banyak web yg bese digune tuk dwld da terkubur,kene pandai2 cari la...haishh...okay la...yang kat bawah tu link yang aku dapat dwld tuk mase yang di dwld..hahaha...ayat kemaen lagi...enjoy it!!



Episod 1 & 2 - The Locket & Coming Back 

Episod 3 - Last Time in New York
>> Video camane aku jumpe mak korang m09e03
>> Sarikata dalam inggeris
Episod 6 - Knight Vision
>> Video camane aku jumpe mak korang m09e06
Selamat Melayan ☺



Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Assalamualaikum w.b.t

Masuk je pukul 12 tengah malam bertarikh 11 Disember 2013, masa tu ada dalam sebuah bilik yang gelap, ada skrin bercahaya dan lagu yang kuat....

Yeahhh!!!!

Happy Birthday to me
Happy Birthday to me
Happy Birthday to Afiq
Happy Birthday to me......

So, Selangor diisytiharkan cuti....

Sekian

Sunday, December 1, 2013

Syukurlah Malaysia Masih Aman

Assalamualaikum w.b.t

Tadi baru je lepas balik dari Masjid Sallehuddin BBST..actually tak plan pun nak ke sana..mula2 plan nye nak keluar pi bayar duit kereta yang tak berbayar..keluar je terpusing jalan nak ke BBST..patut lalu jalan luar je,tembus dekat Mobil (aku cerita pun macam orang tau je)..dah ke BBST dari Taman Seroja nie, haruslah lintas Masjid..and kebetulan siang tadi lalu, tengok macam ada khemah banyak2..sebab ada ulangtahun ke berapa tah Masjid tu..

So aku pun singgah la kejap..saje nak tengok ada apa kan..kereta banyak tapi tak banyak sangat..macam mana tu? hahaha..rupa2 nye ada Rabbani datang memeriahkan majlis..khemah2 kat situ macam2 la jualannya..and one of it adalah milik Aman Palestin..sebuah pertubuhan yang memang aku salute, mana2 je ada join majlis tuk kumpul dana and salurkan bantuan kat sana..



Saja nak kongsi serba sikit apa yang orang Aman Palestin tu cerita kat aku..kat Gaza sana, situasi sekarang nie, dorang nye elektrik dan bekalan air dah kena putus oleh pihak zionis nie..so, malam2 berlampukan lilin jela..this is bad bro...bak kata Nabil la..pastu ada la cerita2 nye lagi..then dorang ada jual mafla la, button and badge la, keychain la, buku-buku la, tshirt la, and banyak lagi barang yang berkaitan Palestin..maka dengan itu takda la orang nak menderma bagi gitu2 je..

Pe cer yang bagi gitu2 je..camne ek nak cakap..hurmmm....gini2..kita nie selalunya nak kuarkan duit tu mesti kena pada benda yang kita nampak..kan kan kan?? tak paham? okay bagi contoh..kita pergi ekspo ke, jalan2 ke, bila haus kita beli air paling kurang kuar RM1 kalau dapat air mineral laa..pastu kalau perempuan jumpa tudung harga RM10, "eh murah nye", terus pilih2 and beli..ada cerita yang cambest je kat wayang, pergi tengok dah kuar RM10, kalau dapat murah siap guna student card RM6@RM7 pun dapat..then...nak bagi contoh lagi ke? dah la kan..kita akan kuarkan duit and tak rasa apa pun if kita nampak duit tu ke mana..

Tetapi la kan kan kan, if derma2 nie, hulur2 bantuan nie, kita akan lebih keluarkan duit yang paling kecil nilainya iaitu RM1..sebab apa? sebab kita cam tak nampak pun ke mana..and bak kata orang, biar ikhlas, mana yang mampu..kecik sangat iman kita nie..aku cakap aku la nie..huhu..mampu tengok wayang, mampu makan mahal2, errr.....okay tak mahal, tapi lebih RM1 la kan sekali makan..mampu beli barang baru sedangkan barang yang tak berapa baru okay lagi..tapi bila bab2 menderma dan membantu nie, tak mampu pulak nak lebihkan dari RM1..

Syukurlah Malaysia Masih Aman..ayat yang kadang2 orang buat menganjing..kat Malaysia ada yang kahwin sampai berpuluh ribu malahan ada yang berjuta, ada yang pergi kuarkan duit untuk ber'entertainment', ada yang berjamuan beribu riban, maka dengan itu tak salah dan sepatutnyalah bagi kita untuk memampukan diri untuk berikhlaskan diri bagi melebihkan ringgit kita dalam menderma dan membantu yang susah..hahahaha..paham2 kan la sendiri ayat itu..yeah!! Back To December 

Sekian.

SMS 4 PALESTINE
Taip PALESTIN <jarak> 10/5/3/1
hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10