Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan... Apa Yang Kita Cari

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi rasa, apa yang terjadi tiap2 tahun. Seringkali kita rasa tak sabar nak masuk bulan puasa, bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Kita rasa best je nak masuk dalam Ramadhan nanti. So bila Allah dah sampaikan kita dalam bulan Ramadhan, semua daripada kita berharap Ramadhan tersebut menjadi Ramadhan yang bermakna, menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Tapi.........................

Adakah kita benar2 memanfaatkan Ramadhan tersebut?

Bila dah masuk je Ramadhan, awal2 je semangat. Ibadah itu ini, menjaga itu ini. Tapi nak masuk ke fasa pertengahan Ramadhan je, habis pudar sudah keriangan Ramadhan tersebut. Kita mula lupa yang Ramadhan itu bulan yang penuh dengan kemuliaan, keberkatan, dan bermacam2 ganjaran dicurahkan dalam bulan ini.

Terawih mula surut, Alquran entah ke mana, pembaziran makanan di mana2. Alhamdulillah sumbangan kepada yang kurang berupaya je makin bertambah dari hari ke hari di bulan Ramadhan. So, apa yang kita cari sebenarnya di bulan Ramadhan nie?

Lailatul qadr? Pakat nak pulun 10 yang terakhir ke? Tak jadi kawan....... Awal2 lagi kena start. Kalau dah masuk malam 20 baru nak start enjin, kau ingat kau boleh dapat? Memang la rezeki nak dapat Lailatul qadr tu Allah yang izinkan, tapi kau tak fikir plak orang lain yang dah start enjin dari malam first Ramadhan lagi? So sama2 la kita fikirkan. Segalanya masih belum terlambat.

Sekian.


Thursday, June 25, 2015

Ramadhan bulan tarbiah diri

Assalamualaikum

Amacam perjalanan pembentukan diri kepada yang lebih baik di bulan Ramadhan ni? Progress makin baik ke, progress sedang2 ke, progress tak berapa nak baik ke? Tepuk dada tanya iman. Hehe..

Ubahlah rutin di bulan Ramadhan ini. Jadikan bulan ni bulan tuk tarbiah diri. Dekat dengan perkara baik, jauh daripada perkara mungkar.

"Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni."
(Riwayat Ibn Khuzaimah & Ibn Hibban) 

So guys, ape tunggu lagi, perbanyakkan amalan, minta keampunan, semoga kita semua dijauhi daripada azab api neraka. Kat bawah disertakan checklist buat semua. Thanks to Mouri, bagi dalam group wasep.. Hee... Semoga Ramadhan kali in lebih bermakna. 


Thursday, June 18, 2015

Ramadhan Bulan Yang Suci... Yang Suci

Salam Ramadhan buat semua.

Semoga Ramadhan kali ini bertambah baik daripada edisi2 lepas. Awal2 mmg kuat kita beribadat. Semoga kekal hingga ke penamat. Jangan terkandas di tengah2. Rugi dan sia2, menyesal tak sudah.

Okay, nak bagi 1 amalan yang boleh diamalkan untuk Ramadhan ini, iaitu bagi makan (berbuka) kepada orang berpuasa. Simple untuk dipraktikkan.

Daripada Zaid Bin Khalid RA, daripada Nabi SAW sabdanya "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikit pun"

Selamat menempuh bulan penuh barakah. Janganlah kita merugikan diri. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Sekian.