Friday, June 17, 2016

Pedoman Kebaikan

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Terimalah nukilan buat pedoman, untuk sahabat handai yang mencari haluan, jangan lupa kita hanya insan, yang asyik dahagakan perhatian, walau tak sedar, itulah hakikat dan bukan omongan.

Buat baik tak minta balasan, cukuplah hargai, atas usaha-usaha selama ini, niat hati bahagia, janganlah sulamkan duka.

Ada akal, fikir. Ada jiwa, rasa. Ada hati, selami.

Buatlah baik sebanyak mana, silap yang satu juga diingati, lumrah hidup di alam ini, tak ingat segala kebaikan, hanya melekat keburukan, walau bertahun bertahan, satu detik hancur berderai.

Sekian. Wassalam.



Villa Hantu, Lombok

Sunday, June 5, 2016

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Marhaban Ya Ramadhan.

Salah silap mohon diampun.

Bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan berada dalam bulan yang mulia ini.

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama menjalani tarbiah Ramadhan.

Sekian.

Ramadhan bulan yang dinanti