Thursday, July 12, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, pada hari Selasa, 10hb Julai 2012 bersamaan dengan 20 Syaaban 1433H, bertempat di Malaysia Airport Corporate Office, ade wat ceramah skit..sempena nak sambut Ramadhan Al-Mubarak..penceramah yang dijemput merupakan seorang yang dikenali ramai iaitu Ustaz Abu Hassan Din..manakala tajuk yang dibicarakan ialah.......................



Takde bawak pen n note ape2 pun tuk dicatat time tu...datang dengar je...so nie jela ringkasan antara yg dibicarakan melalui ape yang diingati oleh kepala otak ini:

  • Ada 3 golongan bila dah dekat2 bulan Ramadhan nie..golongan pertama ialah mereka yang tidak merasa apa2 pun bila datangnya Ramadhan..kire tak kesah la dengan tibanya Ramadhan..golongan kedua ialah mereka yang tak berapa senang apabila datangnya Ramadhan..tak senang sebab nanti aktiviti harian takkan sama dengan bulan2 lain..golongan ketiga ialah mereka yang gembira pabila tibanya Ramadhan..gembira pun ada cabangnya..gembira sebab boleh berniaga n dapat untung berlipat kali ganda or gembira sebab nanti nak raye..takpun gembira sebab boleh lipat gandakan amalan sebab ganjaran pahala yang lumayan..diumpamakan pahala tu sepadat2 ruang yang ada antara langit dan bumi..Masyaallah..
  • Seterusnya, jangan tamak yang sunat hingga luput yang wajib..maksudnya, jangan la buat perkara2 sunat sampai menjejaskan perkara2 wajib...sebagai contoh, pulun buat puasa sunat bulan Rejab n Syaaban bukan main hebat lagi..ade tu straight 2 bulan puase nye..last2 sampai Ramadhan je, pengsan..means x berdaya nak puase sebab terlantar la pulak..yang Rejab n Syaaban tu sunat je tau..wajib nye Ramadhan..lagipun, Aisyah R.A berkata, 
"Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban"
(Hadith riwayat Bukhari) 

Sebenarnya ade banyak lagi..selain daripada isi2 yang ditulis nie insyaallah akan diupdatekan kemudian di lain waktu bila dah ingat semula ye..maaf...huhu...apa pun marilah kita sama2 meraikan kedatangan Ramadhan yang bakal menjelang tiba..berdoalah supaya kita sama2 sampai ke bulan yang mulia ini kerana inilah bulan kita...Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadhan bulan kita..

Sekian.

..awalnya rahmat..pertengahannya keampunan..akhirnya pembebasan api neraka..


4 comments: