Wednesday, May 16, 2012

- MALAYSIA :: SELAMAT HARI GURU -

Assalamualaikum w.b.t

Setiap kali tibanya tarikh 16 Mei, Malaysia akan menyambut perayaan hari guru...dan rupa2 nya, perayaan ini bukanlah dikongsi bersam-sama dengan masyarakat dunia kerana setiap negara ada tarikh mereka sendiri untuk menyambut hari guru..try check wiki kalau nak tau lebih lanjut..klik je kat sini...

Guru...golongan yang memberi ilmu kepada kita..fokusnya lebih kepada cikgu..hormatilah mereka....kalau kawan kita ajar kita, dia juga guru..para pensyarah..mereka juga guru...ibubapa, mereka juga guru...abang dan kakak, mereka juga guru...suami yang membimbing isterinya, mereka juga guru...bercita-citalah untuk menjadi guru...mengajar perkara yang baik kepada orang lain....seorang sahabat, Abi Umamah al-Bahiliy berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(Hadith riwayat Tirmidzi) 

Subhanallah...seluruh penduduk langit dan bumi mendoakan kebaikan kamu wahai insan yang bergelar guru..

Sekian.



selamat hari guru untuk cikgu ustaz ustazah taski abim al-ehsan, cikgu2 sekolah kebangsaan salak, sekolah kebangsaan bandar baru salak tinggi, ustaz ustazah sekolah agama rendah salak, cikgu ustaz dan ustazah sekolah menengah agama persekutuan kajang, pensyarah2 uitm dungun terengganu, uitm bandar melaka

No comments:

Post a Comment