Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan, The Holy Month - Bulan Yang Dinanti

Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, sememangnya kita ternanti-nantikan akan kedatangan bulan ini. Ini kerana bulan ini merupakan salah satu pelengkap buat kita sebagai seorang Islam. Dalam rukun Islam yang ke empat dinyatakan bahawa wajib buat kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah Radiallahu'anhu, bahawa Rasulullah S.A.W memberi khabar gembira kepada para sahabat dengan bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga di buka, pintu-pintu Neraka di tutup dan para syaitan di ikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."
(Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)


Juga daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu."
(Hadith riwayat An-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


Maka dengan itu, pesanan buat semua, prepare your mind, body and soul for this holy month. Perkukuhkanlah amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat. Pada awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sama2 kita pulun sehabis-habisan supaya dapat kita kecapi segala ganjaran yang di berikan sepanjang Ramadhan kali ini.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa"


Sekian 

3 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T.

    Entri yang bagus sekali...cuma mungkin ade khilafnya sedikit. Bukankah berpuasa di bulan Ramadhan itu Rukun Islam yang Ketiga? Mohon diteliti semula...Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, kelemahan dan kekhilafan datang daripada diri kita sendiri...
    Selamat beristiqamah dalam menukilkan entri2 sebegini..
    Salam Ramadhan Al-Mubarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan drpd koleksi hadith 40 Imam Nawawi, dlm hadith ke-2 ada diceritakan datangnya seorang lelaki serba putih duduk berlaga lutut dgn nabi,nak nabi ceritakan tentang Islam pada beliau..

      pastu nabi s.a.w jawab,Islam itu ialah engkau bersaksi bahawasanya tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad rasul Allah,engkau mendirikan solat,mengeluarkan zakat,berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji jika berkemampuan menunaikannya...pastu lelaki tu kata,Benar..

      Nie sebahagian je dari hadith tu..panjang lagi...lelaki tu merupakan malaikat Jibril,yang membenarkan penerangan nabi..dapat disimpulkan kat situ yang rukun Islam ke-4 ialah berpuasa..tapi ada je pendapat kata no-3..

      sekian. (betulkan jika silap)

      Delete
  2. Baik, betul juga tentang hadith itu. Menurut pendapat yang mengatakan no.3 pula didasari dengan faktor kefardhuan yang mana diwajibkan dahulu mengikut sirah Rasulullah. Sebelum terjadinya peristiwa hijrah yakni masa tu Nabi Muhammad masih di Makkah, Allah telah menurunkan perintah yang mewajibkan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Kemudian, setelah baginda dan muhajirin berhijrah ke kota Madinah al-Munawwarah dan membangunkan ekonominya, maka pada tahun kedua hijrah, barulah Allah memerintahkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi sesiapa yang berkemampuan dan kemudian kewajipan menunaikan haji. Jadinya, mengikut kronologi kewajipan puasa dahulu baru kewajipan mengeluarkan zakat.

    Tambahan pula puasa wajib ditunaikan jika penuhi syarat wajibnya (Islam, baligh, berakal, mampu puasa) manakala zakat pula wajib ditunaikan jika penuhi syarat seperti (Islam, merdeka, pemilikan harta sempurna, cukup nisab dan cukup haul/tempoh). Contohnya, diperingkat umur kita sekarang ni, sudah pasti semua wajib berpuasa tapi x semua wajib mengeluarkan zakat lagi...yelah, baru nak mula buat simpanan utk masa hadapan..orang Muslim yang miskin, kaya, sederhana, pelajar, dh bekerja asal penuhi je syarat wajib dah wajib puasa manakala zakat pula bergantung kepada keupayaan ekonomi dan milikan harta seseorang itu...atas dasar inilah ade pendapat kata no.3.

    Tapi walau apapun kelima-lima rukun Islam ini sama-sama penting dan moga2 kita semua dapat melaksanakan kesemuanya sekali. Terima kasih atas perkongsian ilmunya. Maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan dan sewaktu dengannya..

    ReplyDelete