Saturday, January 9, 2016

Bila Kita Suka Akan Seseorang

Assalamualaikum 2016

Tahun baru tiba sudah.  Ada ke tidak apa-apa yang berubah? Nampak macam tidak. Sebab azam hanya tinggal azam, keazaman pelaksanaannya jelas sekali tidak seperti yang diimpikan. Hahahaha. Meh kita ungkap satu kisah bila kita suka akan seseorang.......

Bila kita suka akan seseorang, cacat cela beliau bukanlah masalah. Kesempurnaan dalam diri seseorang itulah yang menjadi tumpuan kita tanpa mengambil kira ketidaksempurnaan beliau. Tanpa beliau, kita rasa tak best nak buat sesuatu perkara. Bila nak bercerita tentang seseorang yang kita suka tu, mesti kita up kan saham beliau gila-gila, padahal orang sekeliling tahu yang sebenar-benarnya, ianya hanyalah indah khabar dari rupa.

Bila kita suka akan seseorang, kita akan mendengar cerita-cerita beliau. Segala masalah beliau akan cuba kita selesaikan. Kita akan tolong beliau bagi menyiapkan kerja yang ada walaupun masa kita terpaksa dikorbankan. Apabila ke mana-mana, kita teringat akan beliau. Nak makan, tunggu beliau. Kalau pergi membeli barang, kita akan bertanya beliau samada mahukan barang juga atau tidak. Segala yang beliau lakukan tidaklah salah, jika salah, diterima dengan pelbagai alasan yang kadang tak munasabah.

Tapi ingatlah......

Bila kita suka akan seseorang, berpadalah dalam mengekspresikan kesukaan tersebut. Sesungguhnya, akan ada insan sekeliling yang berasa tidak selesa, terpinggir, malahan boleh mendatangkan kecemburuan yang tidak sepatutnya. Jangan mendewakan yang disukai, mencacaikan yang dibenci. Sekian.

Perbincangan perjalanan akan datang

p/s: orang yang kita suka bukan hanya merujuk kepada kekasih hati, tetapi boleh juga kepada kawan-kawan, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga mahupun kenalan. 

No comments:

Post a Comment