Assalamualaikum w.b.t
Ramadhan merupakan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, sememangnya kita ternanti-nantikan akan kedatangan bulan ini. Ini kerana bulan ini merupakan salah satu pelengkap buat kita sebagai seorang Islam. Dalam rukun Islam yang ke empat dinyatakan bahawa wajib buat kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan.
Daripada Abu Hurairah Radiallahu'anhu, bahawa Rasulullah S.A.W memberi khabar gembira kepada para sahabat dengan bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga di buka, pintu-pintu Neraka di tutup dan para syaitan di ikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."
(Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
Juga daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu."
(Hadith riwayat An-Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Maka dengan itu, pesanan buat semua, prepare your mind, body and soul for this holy month. Perkukuhkanlah amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat. Pada awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sama2 kita pulun sehabis-habisan supaya dapat kita kecapi segala ganjaran yang di berikan sepanjang Ramadhan kali ini.
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa"
Sekian